Pihak kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan arahan yang tidak membenarkan untuk pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Ini semua untuk kebaikan kita dari terkena pandemik Covid-19.
Dalam keadaan dan realiti yang tidak membenarkan kita balik kampung, Dato’ Seri Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagram beliau ada buat Live menyanyi lagu raya terkenal oleh beliau. Video Tokti menyanyi lagu Airmata Syawal tu korang boleh tengok kat tweet @IniAlannn kat bawah ni.
https://twitter.com/IniAlannn/status/1261606417015861251
Sedih weh
Aduh, dalam keadan sekarang ni kena pulak lagu Tokti ni. Dah lah kena raya dekat perantauan. Sumpah sedih.
Admin hampir menangis, tapi nasib baik Tokti tersedak anaconda kat hujung-hujung tu. Dari sedih terus tergelak.
Semua orang rasa macam tu. Bukan selalu kita dapat jumpa saudara mara kan. Raya je lah nak kumpul ramai-ramai pun. Tapi tahun ni tak bleh raya pulah. Huhuhu sedihhh.
Senang cerita semua sedih. Tapi takpe, semua ni untuk kebaikkan kita. Tahun depan kalau semuanya dah pulih, kita semua dapat raya dengan family masing-masing. Sabar ye semua. Kita harungi bersama!
Baca: “Lain macam vibe dia” – Netizen Terpegun Dengar Gubahan Terbaru Cindai Nyanyian Tokti