in

“Tengok pun dah kembang tekak”- Jijik! 30 Orang Jadi ‘Santapan Malam’ Suami Isteri Sebelum Kantoi

Suami Isteri Kanibal Watermark 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang rasa makan kelawar atau ular dah menjijikkan, ada lagi yang lebih jijik daripada itu. Sepasang suami isteri dari Rusia iaitu Natalia Baksheva dan suaminya Dmitry Baksheev telah makan manusia lebih kurang 30 orang!


Menurut Sosok.id, pasangan kanibal ini telah didakwa atas tuduhan membunuh apabila pihak polis telah berjaya mengesan perbuatan jijik pasangan ini.

Wanita berusia 35 tahun telah menjadi mangsa terakhir pasangan tersebut sebelum ditangkap oleh pihak berkuasa. Wanita tersebut merupakan seorang pelayan di sebuah restoran di mana pasangan tersebut telah berkunjung ke sana untuk menikmati sajian restoran itu.

Suami Isteri Kanibal

Wanita itu dikatakan telah menggoda suami Natalia dan ini telah menyebabkan dia cemburu.

Lepas tu pulak, Natalia telah menyuruh suaminya untuk membunuh wanita tersebut. Takut kan? Cemburu pun boleh membunuh.

Si suami, Dmitry pula telah menikam dada pelayan tersebut sebanyak dua kali dengan menggunakan pisau yang selalu dibawa oleh mereka dalam beg tangan.

Lagi teruk, sewaktu mereka ditangkap, polis telah menemui sebanyak 19 potong kulit manusia beserta sisa-sisa manusia yang telah diawet di rumah mereka.

Pihak polis juga telah menjumpai sisa-sisa bahagian badan pelayan tadi di dalam peti sejuk pasangan kanibal itu. Pasangan tersebut dipercayai memasak bahagian tubuh mangsa sebelum dimakan.

Ish, gelinya! Dah takde makanan lain ke yang diorang nak makan?

Baca: Issei Sagawa: Lelaki Kanibal Yang Merogol Mayat & Makan Organ Wanita Ini Masih Bebas Hingga Kini

Kanibal

Sumber: Sosok.id

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.