in

Tengah Hangat Isu PH & BN, Adam Adli ‘Sempoi’ Melayan Netizen Tanya ‘Port’ Asam Pedas

Ft Adam Adli Melayan Netizen 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita scroll dekat media sosial sekarang, hampir majoriti yang akan lalu dekat timeline ini berkenaan dengan politik, tak kisahlah dari aspek apa pun, video throwback, meme, pendapat netizen dan macam-macam lagi, semuanya berkaitan politik.


Ia susulan dengan kejadian parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada Sabtu (19 November 2022) lepas. Disamping kehangatan mengenai isu perbincangan antara Pakatan Harapan(PH) dan Barisan Nasional (BN), timbul pula satu perkara lawak di Twitter.

 

Kongsi port Asam Pedas Melaka paling sedap

Rasanya pasti ramai dah melihat foto tular perbincangan antara kedua-dua belah parti tersebut yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur hari ini.

Dapat dilihat menerusi Twitter Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka, Adam Adli sedang berswafoto bersama Ahli Parlimen yang lain termasuklah Syed Saddiq dan Fahmi Fadzil.

Pastinya foto yang itu menjadi tumpuan netizen meraih lebih daripada 5,900 jumlah retweets dalam masa 7 jam.

Walaubagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, dalam situasi tegang ada netizen sempat berseloroh kepada beliau dengan bertanyakan tempat Asam Pedas yang sedap memandangkan menu tersebut sangat sinonim dengan negeri yang terkenal dengan jolokan Negeri Bersejarah itu.

Namun begitu, Adam Adli dilihat begitu ‘sempoi’ dan sangat berfikiran terbuka melayan pertanyaan tersebut dan memberikan respon kepada netizen yang mengeluh banyak tempat yang dia dah cuba tak sedap.

 

Try Pondek Otek, Tebing Tinggi – Adam Adli

Screenshot 2022 11 21 155232

Ramai netizen begitu terhibur melihat perbualan tersebut, ada yang menyifatkan netizen tersebut sengaja nak usik untuk tanya samada kenal kawasan sendiri atau tidak.

Malah ada juga yang bergurau nak ‘melagakan’ antara Asam Pedas Melaka dan Asam Pedas Muar kerana terpapar gambar Syed Saddiq di sebelah beliau.

 

Orang tengah nervous dia ni pergi tanya Asam Pedas – Netizen 

Screenshot 2022 11 21 155807 Screenshot 2022 11 21 155842

Aduhai, ye lah sekali sekala kena lah ada break time kan? Apapun, sama-sama lah kita tunggu keputusan calon PM ni macam mana.

Baca : PH & BN Bakal Bergabung? Mat Sabu & Ahmad Maslan Tiba di Seri Pacific Untuk Pertemuan Khas

Pertemuan Bn Ph Di Seri Pacific

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.