Semalam, pelakon Fattah Amin menepis dakwaan netizen yang mengatakan ibunya telah mengkritik anak pelakon itu, Nur Fatima Aisya sebagai tidak comel dan tidak pandai dengan memuat naik satu video memaparkan kemesraan Fatima bersama nendanya.
Menerusi video berkenaan, Fatima dillihat sedang rancak bersembang dengan ibu Fattah Amin yang digelar sebagai nenda menerusi satu panggilan video.
Mereka katanya sedang berbincang untuk bercuti ke Disneyland, yang mana Fatima dilihat sedang menceritakan pengalamannya ke sana bersama Fazura tidak lama dulu.
View this post on Instagram
Dah jangan gaduh-gaduh ye… Fatima ok je ni dengan Nenda, semua tengah bincang nak pergi Disneyland,” tulis Fattah Amin.
Artikel berkaitan: “Fatima tak pandai, tak comel” – Anak Fazura Dan Fattah Luah Perasaan, Dikatakan Tak Comel Oleh Ahli Keluarga?
Video berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen yang mana memuji kepetahan Fatima yang rancak bercerita dengan neneknya.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Fazura dan anaknya, Fatima dalam sesi live apabila Fatima secara tiba-tiba meluahkan ada individu yang digelar sebagai ‘nenda’ mengatakan dia tidak pandai dan tidak comel.
Video berkenaan kemudian mendapat perhatian netizen yang meluahkan rasa bimbang akan kata-kata tersebut yang didakwa boleh memberi kesan kepada perkembangan psikologi anak.
Apa-apapun baguslah kalau Fatima mesra dengan neneknya. Bestnya Fatima dapat pergi Disneyland banyak kali!