in

Tempahan Slot Janji Temu 1.24 Juta Dos Vaksin AstraZeneca Untuk Warga Emas Dibuka Hari Ini

Tempahan Slot Janji Temu 1.24 Juta Dos Vaksin Astrazeneca Untuk Warga Emas Dibuka Hari Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita gembira buat mereka yang berusia 60 tahun ke atas!


Tempahan slot janji temu untuk 1.24 juta dos suntikan vaksin AstraZeneca bagi warga emas sudah dibuka bermula hari ini.

Pun begitu, sesi kali ini membabitkan mereka yang tinggal di Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor atau Kuala Lumpur sahaja.

57012529 101 E1621753557453

Memetik laporan Astro Awani, antara lokasi Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ) ialah Setia SPICE Convention Centre di Pulau Pinang, Persada Johor International Convention Center (Johor Bahru), Borneo Convention Center Kuching dan Kemahiran Belia Negara Miri (Sarawak).

Manakala bagi penduduk di Selangor pula, PPVAZ yang ditetapkan adalah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi dan Ideal Convention Centre (Shah Alam).

Malaysia Pwtc In Kl E1621753716670

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pula menjadi pusat pemberian vaksin ini di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Walaupun terdapat masalah teknikal selama 30 minit selepas dibuka pukul 12 tengah hari tadi, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sudah menjelaskan di laman Twitter bahawa isu terbabit sudah berjaya diatasi.

Orang ramai yang layak dan berminat untuk menempah slot janji temu boleh melayari laman web www.vaksincovid.gov.my.

Sumber: Astro Awani

Baca: Daerah Di Thailand Ini Beri Insentif Anak Lembu & Emas Untuk Rakyat Daftar Vaksin COVID-19

Feature 1 4 E1621753394548

Sumber: DW

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.