in

“Telekung dan sejadah bawa sendiri” – Semua Surau R&R Di Lebuhraya PLUS Kembali Dibuka

Surau4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah sebulan PKPB berlalu, kini surau dibuka semula di semua hentian R&R PLUS bermula pada hari ini.


Surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dibuka semula sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – Harian Metro

 

Sanitasi dilakukan secara berjadual

Bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin, PLUS menjelaskan, surau dan kemudahan awam yang lain akan disanitasi secara berjadual.

Selain dari itu, mereka juga mengingatkan pengguna yang singgah solat di surau agar mematuhi SOP yang ditetapkan. Antara peringatan lain ialah :

Daftar menerusi aplikasi MySejahtera atau menulis butiran diri secara manual bagi memudahkan urusan pengesanan kontak sekiranya diperlukan.

Bawa kelengkapan menunaikan solat seperti telekung dan sejadah sendiri untuk memastikan kebersihan diri terjaga kerana kelengkapan berkenaan tidak disediakan buat waktu ini.

Menjaga jarak. Penandaan bagi penjarakan fizikal juga disediakan di setiap ruang solat kawasan mengambil wuduk untuk memastikan jarak fizikal satu meter.

Tambah PLUS, pembukaan ini adalah selaras dengan keputusan Jabatan Agama Islam negeri yang melaksanakan PKPB.

 

Baca : 71 Buah Surau Di KL & Putrajaya Dibenarkan Solat Jumaat – Menteri Agama

Surau 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.