in

71 Buah Surau Di KL & Putrajaya Dibenarkan Solat Jumaat – Menteri Agama

Zul3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan peningkatan kes di Selangor sebelum ini telah menyebabkan kerajaan menutup premis keagamaan seperti surau dan masjid di kawasan sekitar termasuk di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, setelah PKPB dilancarkan, jangkitan Covid-19 di wilayah KL dan Putrajaya berjaya disekat.


Susulan itu, Menteri Agama telah membenarkan sebilangan surau di KL dan Putrajaya dibuka untuk solat Jumaat.

Menurut Kosmo, sejumlah 71 buah surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diberi kebenaran menunaikan solat Jumaat dalam tempoh PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Maksimum adalah 50 orang jemaah dengan penjarakan fizikal dan ia bergantung kepada keluasan surau.”

Zul1

“Jumlah surau ini akan ditambah dari semasa ke semasa, berdasarkan kelulusan Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan.”

Jelas beliau, kerajaan melalui pihak berkuasa agama negeri sentiasa berusaha memenuhi hasrat umat Islam terutamanya berkaitan syiar agama seperti solat Jumaat.

“Begitu juga urusan akad nikah yang menjadi kelaziman yang boleh disegerakan dan dipermudahkan, dengan syarat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.”

 

Baca : “Akad nikah di KL dan Putrajaya dibenarkan mulai hari ini” – Dr. Zulkifli

Cc 15

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.