Kejadian kaum hawa sering menjadi mangsa gangguan seksual bukan lagi perkara asing di Malaysia. Acap kali kita dengar dalam berita mahupun di media sosial mengenai kejadian gangguan seksual yang dilalui oleh golongan wanita seperti diraba, diintai, menerima mesej berbaur lucah dan sebagainya.
Terbaru, seorang wanita ini dilaporkan berdepan detik menakutkan apabila dia dirakam pada bahagian bawah skirtnya oleh seorang lelaki ‘gersang’ yang tidak dikenali.
Lapor Harian Metro, lelaki itu berjaya ditahan selepas ‘kantoi’ merakam bahagian bawah skirt mangsa dengan menggunakan handphone di sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya pada 31 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 5 petang apabila seorang wanita melihat suspek dalam keadaan mencurigakan sambil membawa beg kertas berwarna hitam.
Suspek membawa beg kertas didapati mempunyai lubang di bahagian bawah.
Wanita itu mengesyaki suspek merakam sesuatu di bahagian bawah skirtnya sebelum bertindak untuk mengekori suspek dan merampas beg kertas dipegangnya. Setelah diperiksa, wanita itu menjumpai sebuah telefon pintar berada di dalam beg kertas ‘koyak’ itu dalam keadaan sedang membuat rakaman video.
Uish, teknik baru ke ni?
Mangsa kemudiannya meminta bantuan daripada polis bantuan di pusat beli-belah berkenaan untuk membawa suspek ke Balai Polis Bandar Sunway.
Tambah pihak polis, suspek yang berusia 38 tahun itu bekerja sebagai seorang jurujual. Dia kini telah pun direman sehingga hari ini, 6 Januari 2021 untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Hati-hati ye ladies kalau berjalan-jalan ke tempat awam tu. Dekat tempat public pun berani buat hal.