Sejak negara kita mula membenarkan penganjuran majlis dan konsert selepas dua tahun terhenti ekoran pandemik, beberapa penceramah telah mengeluarkan bantahan mereka.
Ekoran ini, Baby Shima baru-baru ini melalui Instagram telah memerli ahli-ahli agama dengan mengatakan mereka sengaja memilih untuk mendiamkan diri terhadap konsert yang dianjurkan di Kelantan baru-baru ini melibatkan penyanyi-penyanyi terkenal.
Kelantan ada konsert! UMMAH dan PU/ustaz/ustazah media sosial tak nak buat DEMO ke! Hari tu kata nak buat DEMO besar-besaran! #lagibala
“Bila Baby Shima laju je terkejar kejar nak upload sana sini, bila orang lain senyap pula…” Kata Baby Shima.
Selain itu, Baby Shima turut kongsikan tangkap layar teguran PU Syed dan mengatakan bahawa penceramah bebas ini tidak adil kerana hanya “menyalak” ketika konsertnya dan tidak cakap apa-apa mengenai konsert yang dibuat di Kelantan.
Tak aci konsert kita je berkali-kali awak menyalak.. Konsert kat Kelantan senyap pula, sebab kat Kelantan ke semua senyap??? Bukan ke awak kata konsert haram… Amboi isu terpilih je ke berani..”
Menegur dan membantah disamakan seperti menyalak
Tidak mendiamkan diri, PU Syed menerusi Instagram telah membidas balik perlian Baby Shima ini.
PU Syed mengatakan bahawa penyanyi dangdut tersebut tersilap jika mengatakan bahawa dia tidak menegur. Namun, menjelaskan dia tidak mencari tempat diadakan konsert kecuali jika diberitahu.
https://www.instagram.com/p/CitMRyWvydP/?utm_source=ig_embed&ig_rid=21f4b875-366e-45e3-901f-ef0ce9b59bed
Malah PU Syed turut mengatakan dia juga turut sertakan link menunjukkan dia telah pun memberikan komen dan pandangannya terhadap konsert yang diadakan di Ketereh, Kelantan.
Manakala Harakah Daily melaporkan bahawa Konsert Riuh Sokmo! yang diadakan di Stadium Mini Ketereh ini telah dianggap menepati syariat yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam di mana ia dilihat tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 Kelantan.
Konsert hanya diadakan malam tadi dan malam semalam biar pun program itu dijadualkan diadakan selama tiga hari bermula Jumaat.
“Berdasar pemerhatian saya pengunjung diasingkan mengikut mengikuti Enakmen Hiburan, cuma ada segelintir pengunjung yang enggan mengikut peraturan ditetapkan.”