in

“Tarawih tapi solat 5 waktu tak buat” – Suami Kerap Tidur, Isteri Luah Penat Tanggung Biawak Hidup

isteri biawak hidup 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehidupan berumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah, banyak yang perlu dihadapi bersama tidak kira susah atau senang.

Sebuah perkongsian dari personaliti TV, Fedtri Yahya yang dimuat naik di twitter miliknya bagaimanapun menceritakan hal yang sebaliknya.


Sebuah pengakuan yang diterimanya melalui direct message Twitter miliknya itu menceritakan luahan seorang isteri yang terpaksa menanggung beban seorang diri kerana suaminya tidak membantu dalam menguruskan hal rumah tangga.

Pengadu tersebut meluahkan rasa penatnya apabila si suami dikatakan tidak membantu dalam kerja rumah malah mengharapkan dirinya sahaja.

Tiba bulan Ramadan, si isteri turut memberitahu suaminya itu tidak berpuasa dan tidak menunaikan solat lima waktu tetapi masih pergi ke masjid untuk solat tarawih.

“Saya isteri dan ibu bekerjaya, sepanjang Ramadan rutin memang sibuk, siapkan sahur, siapkan anak nak ke sekolah hantar anak, pergi kerja.

Petang siapkan juadah berbuka, suami? Bangun tidur sahur, pergi kerja. Balik kerja tidur sampai berbuka,” luahnya.

Lebih menyedihkan, suaminya itu tidak pandai memandu dan Syawal tahun ini giliran beraya di kampung suaminya, sudah pastinya si isteri yang menyiapkan segala perkara termasuklah menyiapkan pakaian serta memandu berjam-jam.

“Saya tak cukup rehat, drive dengan hadap jem berjam-jam, puasa lagi, diorang semua (keluarga suami) tak puasa!

Lepas kenyang diorang 1 keluarga semua santai-santai main mercun dekat luar. Saya kena kemas semua,” tulisnya.

Selain itu, wanita berkenaan turut mengadu bahawa dia sudah tidak tahan dengan perkara tersebut dan apa yang diceritakannya itu hanyalah sedikit daripada apa yang dilaluinya.

FumFyj4acAAgRpW

Lebih menyedihkan, wanita tersebut pernah mengadu kepada pejabat agama mengenai masalahnya itu namun pihak itu hanya berkata wanita tersebut perlu bertolak ansur.

Harap si isteri sentiasa kuat…

Baca: Takut Dimarahi Isteri Kerana Habiskan Wang, Lelaki Buat Laporan Palsu Konon Disamun

Cats 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.