in

“Tanggunglah dosa fitnah itu” – Sengaja Tulis Kapsyen Pertama Kali Main Golf, Shuib Tampil Bagi Respon

Ft Shuib Watie Main Golf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak dan penyampai radio, Shuib baru-baru ini ada muat naik satu foto yang menunjukkan dirinya dengan isteri baharu, Watie bermain golf. Foto tersebut bersertakan satu kapsyen yang mengundang persoalan yang ada unsur sindiran daripada netizen.


 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Untuk fahami cerita, sebelum ini tular satu video lama yang dimuat naik pada tahun 2019  menunjukkan Watie bermain golf dan lelaki yang merakam video tersebut memberikan pujian kepada Watie. Ianya tular semula kerana ada yang mendakwa individu yang merakam itu adalah Shuib.

Jadi, dengan foto terbaru bersertakan kapsyen yang sebegitulah membuatkan ramai netizen ungkit semula kes ini. Oleh sebab itu, Shuib menerusi IG Story mililknya tampil memberikan penjelasan bahawa dia memang sengaja menulis kapsyen itu.

Screenshot 2023 06 26 190507

Dalam penjelasan itu, Shuib menegaskan bahawa dia dan Watie tidak pernah bermain golf bersama seperti yang tular dalam sebuah video sebelum ini.

“Saya memang sengaja tulis kapsyen buat pertama kali sebab saya memang pertama kali bermain golf bersama Watie.”

Oleh itu, Shuib juga menjelaskan kepada mana-mana individu yang telah memfitnah dirinya itu untuk tanggung dosa tersebut. Shuib juga menjelaskan bahawa suara lelaki dalam video lama Watie itu adalah rakan isterinya.

“Jadi, kepada yang menulis komen macam tahu, tanggunglah dosa fitnah itu ya. Inilah pertama kali main golf bersama. Mengenai ‘nice nice’ (video tular tersebut), itu orang lain, kawan Watie.”

Harap, tak ada lagi lah kes-kes ungkit kisah lama ni.

Baca : Biadap! Video Shuib Bulan Madu Dengan Watie Dibanjiri Komen Tak Senonoh

Ft Shuib Dah Kahwin Lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.