in

“Macam mana boleh hidup lagi?” – [VIDEO] Netizen Loya Tengok Mi Sup ‘Lauk’ Pacat

Mee Sup Pacat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pacat merupakan binatang yang menghisap darah manusia dan biasanya ada di daratan dan tempat yang lembab, kebanyakannya di hutan.


Menurut sumber, pacat adalah haiwan ektoparasit iaitu parasit di luar perumah, ia merupakan pemangsa yang khusus kerana ia melekat pada kulit ‘perumahnya’ untuk seketika bagi mendapatkan darah.

Selain itu, pacat juga boleh menghisap darah sebanyak tiga kali ganda daripada berat badannya.

Baru-baru ini, menurut laporan Kosmo!, sebuah perkongsian di TikTok mendapat perhatian ramai netizen dan menyebabkan ramai yang kembang tekak apabila haiwan tersebut dilihat berada dalam mangkuk yang berisi mi sup.

@_ichii21

Magii sup pacat ? #pacat #maggipacat

♬ suara asli – INDOZONE – INDOZONE

Perkongsian oleh pengguna TikTok @_ichii21 itu setakat ini telah mendapat lebih 560K tontonan dan ruangan komen dipenuhi dengan reaksi loya daripada netizen.

Dalam video tersebut, pemuda itu menunjukkan hidangan mi supnya yang telah habis dan hanya tinggal pacat yang masih hidup malah kelihatan haiwan tersebut ‘berenang’ dalam sisa kuah mi supnya itu.

“Baiknya makcik tu letak extra protein” 

Video tersebut membuatkan ramai netizen yang berasa loya tetapi ramai juga yang menjadikan ia salah satu bahan jenaka.

Pacat

Menjengah ke ruangan komen ada yang mengatakan ada kemungkinan haiwan penghisap darah itu ‘menyorok’ dalam sayur kangkung hidangan tersebut.

Apa-apa pun, geli mat!

Baca: [VIDEO] Pekerja Kedai Makan Hempas Mangkuk Depan Pelanggan Sebab Bengang Ditegur Makanan Ada Lalat

Makanan Lalat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.