in

“Tanda pembakaran besar-besaran”- Imej Satelit Rakam Pelepasan Sulfur Dioksida Luar Biasa Di Wuhan

Featured 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

*Artikel mengandungi bahasa dan penjelasan yang agak saintifik dan memerlukan pembacaan yang fokus dan tenang


 

Menggemparkan apabila viral imej satelit yang menunjukkan pelepasan Sulfur Dioksida (SO2) secara luar biasa di Wuhan, bandar dimana seramai 11 juta penduduk tinggal dan tersebarnya wabak COVID-19.

Ramai yang mendakwa pelepasan SO2 pada tahap tinggi dan luar biasa di Wuhan itu dikatakan berkait rapat dengan pembakaran besar-besaran mayat pesakit COVID-19.

Namun sejauh mana kebenarannya?

 

14022020 Sulphur
Sumber: youtube

Para saintis berpendapat bahawa Sulfur Dioksida ini akan terhasil dalam 2 situasi iaitu sama ada mayat atau sisa perubatan sedang dibakar, petik blog.

Berdasarkan imej yang diperoleh menerusi windy.com, pakar merumuskan yang paras SO2 di Wuhan berada pada tahap yang membimbangkan.

Data pada hujung minggu lalu menunjukkan tahap pelepasan berada pada 1,350mikrogram per meter padu, jauh mengatasi dos yang dibenarkan iaitu 500mikrogram per meter padu, tidak boleh dibebaskan dalam tempoh lebih 10 minit.

Sedangkan kepekatan SO2 533mikrogram per meter padu selama 15 minit pun sudah dianggap tinggi oleh kebanyakan negara, inikan pula 1,350mikrogram per meter padu.

14022020 Sulphur
Sumber: youtube

Untuk makluman, pendedahan kepada paras SO2 yang tinggi dipercayai boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti asma dan radang paru-paru.

Sebelum ini dikatakan ada arahan yang dikeluarkan pegawai tertinggi China meminta mayat mangsa dibakar dengan segera dan dengan perkhidmatan pengebumian yang rendah.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum jelas adakah pelepasan SO2 yang tinggi di Wuhan itu berkait rapat dengan pembakaran mayat mangsa wabak COVID-19.

 

Baca : Simbol Kematian: Ribuan Gagak Berterbangan Di Wuhan Sebab Nak ‘Kenduri’ Daging Mayat Coronavirus?

Gagak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.