in

“Takutnya, dahlah hari-hari naik lif” – Lelaki Maut Tersepit Semasa Buat Kerja Selenggara Lif Di Tingkat 5

Mt5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhati-hati macam mana pun dalam melakukan sesuatu pekerjaan, kalau dah takdir, siapa pun tak mampu melawan.


Hari ini, dilaporkan kematian seorang lelaki maut akibat tersepit ketika sedang melakukan kerja menyelenggara lif di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9.

“Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya, Hafizal Mohd Razali berkata, mangsa lelaki berusia 36 tahun itu meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialami.”Harian Metro

Tambahnya, pihak bomba segera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.20 tengahari tadi.

Mangsa yang tersepit di lif di tingkat 5 pangsapuri berkenaan didapati mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan bomba mengeluarkannya melalui tingkat 4.

Seramai 12 anggota bomba Putrajaya mengambil masa 30 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa.”

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan KKM.

Takziah untuk keluarga mangsa.

 

Baca : “Kalau dah lama tu buang je” – Wanita Mati Keracunan Makanan Lepas Makan Popia Dah 3 Hari Dalam Fridge

Roll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.