in

“Kalau dah lama tu buang je” – Wanita Mati Keracunan Makanan Lepas Makan Popia Dah 3 Hari Dalam Fridge

Roll

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita dari Thailand dilaporkan telah meninggal kerana cirit birit dan keracunan makanan lepas makan popia yang dipanaskan lepas simpan dalam peti sejuk selama tiga hari.


Menurut China Press, suami wanita itu menceritakan, pada hari Isnin (28 September) lalu, dia dan isterinya sedang makan popia yang dibeli tiga hari lalu di pasar malam sebelum isterinya lari ke tandas semasa dorang tengah menonton rancangan di TV.

Dikatakan, wanita itu duduk di tandas selama satu jam dan tak berikan apa-apa respon hingga dia buat keputusan untuk pecahkan pintu dan menemui isterinya tak sedarkan diri di lantai tandas dengan muka dan lantai yang penuh dengan muntah.

20201001Fbc05A

Tanpa melengahkan masa, suami ini cuba membuat bantuan pernafasan (CPR) untuk sedarkan semula isterinya sambil menunggu ketibaan ambulans namun terlambat.

Suami ini kemudiannya mengatakan isterinya itu meninggal kerana keracunan makanan mungkin akibat dari dehidrasi selepas cirit birit dan muntah-muntah.

Doktor juga turut mengatakan yang keracunan makanan adalah penyakit yang biasa berlaku dan selalunya simptomnya tak teruk sangat. Tapi pesakit keracunan makanan dinasihati untuk sentiasa minum air dan cepat-cepat dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.

Bahaya tau food poisoning ni. Agak-agak kalau makanan tu dah lama, tak payahlah makan. Lagi-lagi kalau makanan yang beli kat luar.

 

Baca: Ini Kronologi Sebenar Punca Keracunan Laksa Kebok Yang Ragut 2 Nyawa

Screenshot 2020 10 02 At 5.08.19 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.