in

Takut Kantoi Suka Hisap Susu Botol, Gadis Sampai Sanggup Datang Rumah Kawan

Page Minum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah berusia 20 tahun pun masih lagi minum air menggunakan botol susu. Seorang gadis di Indonesia baru-baru ini menjadi bualan orang ramai disebabkan oleh tabiatnya yang dianggap pelik bagi gadis seusianya.


Perkara itu dikongsikan melalui aplikasi TikTok oleh rakan kepada gadis tersebut yang memberitahu bahawa gadis itu masih lagi minum air menggunakan botol susu seperti seorang bayi malah dia sanggup ke rumahnya untuk menggunakan botol susu tanpa pengetahuan keluarganya.

Hal ini kerana dia pasti akan dimarahi oleh keluarganya sekiranya masih lagi minum menggunakan botol susu kerana tidak melambangkan dirinya yang sudah dewasa. Bahkan, gadis itu sehingga boleh tertidur ketika melakukan tabiatnya itu.

Botol Susu

Menurut Kosmo, video yang dikongsikan itu telahpun tular dan memperolehi pelbagai komen dari pengguna TikTok yang lain. Kebanyakan dari mereka berkata bahawa perkara tersebut normal untuk sesetengah orang tetapi untuk sampai bawa ke tidur, amatlah jarang dilakukan oleh penggemar botol susu.

Terdapat satu komen yang diberikan oleh netizen yang menarik perhatian yang mana dia berseloroh bahawa kemungkinan dia akan berebut botol susu dengan anaknya sekiranya tabiatnya itu berterusan sehingga mempunyai keluarga kelak.

“Kalau sudah mempunyai anak, pasti dia akan berebut botol susu dengan anaknya,” – Netizen

Sehingga kini dilaporkan bahawa tabiat gadis itu belum lagi diketahui oleh ahli keluarganya dan masih mengharap semoga mereka tidak akan tahu tentang kejadian itu kerana sekiranya ‘terkantoi’ dia perlu mengambil masa yang agak lama untuk tidak terjebak lagi melakukan tabiatnya itu.

Unik betul tabiat yang memang dari kecil lagi bawa sampai ke dewasa. Kalau min, min suka bau karpet. Sama level tak?

Baca: Budak Di Indonesia Viral Lepas Guna Kotak Styrofoam Rentas Sungai Untuk Ke Sekolah

Untitled

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.