in

Takut Dimarahi Ibu Sebab Balik Sekolah Lambat, Budak 13 Tahun Tipu Kononnya Hampir Diculik Van Putih

Van 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dahulu lagi pernah ada kes penculikan kanak-kanak yang dibawa menaiki van berwarna putih namun kali ini, ada lagi budak yang berani mereka cerita kononnya hampir diculik menggunakan modus operandi yang sama.

Van 1
Gambar hiasan

Sebab balik sekolah lambat, tipu kena culik

Kejadian yang berlaku di Johor Bahru melaporkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah menipu kononnya dia hampir diculik oleh individu yang membawa van berwarna putih. Difahamkan, lokasi tepat kejadian itu terjadi berhampiran sekolah di Taman Ulu Tiram.


Artikel berkaitan: Remaja 13 Tahun Reka Cerita Konon Diculik Van Putih, Rupanya Nak Elak Pergi Mengaji!

Artikel berkaitan: “Terpengaruh cerita luar negara” – Kali Ini Kanak-kanak Di Ipoh Pula Reka Cerita Diculik ‘Van Putih’

Dia mendakwa dihampiri seorang lelaki yang memakai topeng muka, bercermin mata hitam serta memiliki pisau sempat melarikan diri sebelum diculik.

Pun begitu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, siasatan tersebut dijalankan dan mendapati dakwaan itu adalah tidak benar selain remaja berkenaan sengaja mereka cerita untuk mengelakkan diri daripada dimarahi ibu kerana lambat pulang dari sekolah.

Kejadian itu didakwa berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika remaja itu ingin pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan pada 6.45 petang, 3 Jun lalu.

Laporan itu diterima daripada seorang wanita warga tempatan berusia 49 tahun yang mengadu tentang ancaman culik yang dihadapi oleh anaknya.

Polis mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memberi perhatian serta mengawasi pergerakan anak sama ada ketika berada di dalam rumah atau luar,

Semalam, pihak polis mengesan satu hantaran tular yang mengandugi laporan polis dengan kapsyen ‘Kes Culik Budak Bukit Tiram’ di Facebook namun hantaran tersebut telah pun dipadam.

Moga kita dijauhkan…

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.