in

“Taktau apa motif” – [VIDEO] Lelaki Diculik 5 Individu Tak Dikenali di JB Tapi Dibebaskan Sejam Kemudian

Ft Kenaculik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki dalam lingkungan 20-an telah diculik oleh 5 lelaki pada 9 Jun lepas kira-kira jam 6 petang. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Mount Austin Park di Johor Bahru dan berdasarkan kenyataan rasmi daripada Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Fadzli Mohd Zain, mangsa bagaimanapun dibebaskan semula pada jam 7 malam, hari yang sama.


Melalui rakaman CCTV, ketika kejadian mangsa dilihat sedang menunggu di luar lot kedai bersama seorang wanita. Tiba-tiba tiga orang lelaki mendekatinya dan menariknya sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam sebuah Proton Persona yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Kenyataan

Kata Mohd Padzli, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut tentang motif penculikan tersebut namun setakat ini, insiden itu dilaporkan tiada kena mengena dengan aktiviti Ah Long.

Hasil siasatan yang dijalankan mendapati ada penglibatan satu perempuan Cina dalam kejadian ini.”

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan telah berjaya menangkap perempuan tersebut manakala usaha mengesan rakan sejenayah yang lain masih giat dijalankan.”

Bagaimanapun, tidak dinyatakan sama ada wanita yang terlibat itu adalah wanita yang sama bersama mangsa ketika menunggu di luar lot kedai tersebut.

Wanita ditahan itu dilaporkan direman selama 3 hari dari 11 Jun hingga 13 Jun bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh 7 tahun dan boleh dikenakan denda.

Baca: Lepas Kes Gangguan Seksual, Muncul Pula Rakaman CCTV Kecurian Penutup Besi Longkang Di Kawasan Yang Sama!

Ah Gile

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.