Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa, setiap perayaan atau upacara yang disambut rakyat di negara ini kemeriahannya pasti akan dikongsi bersama walaupun berbeza agama bangsa dan budaya.
Itu yang menjadikan Malaysia ni indah dan disanjung negara lain di seluruh dunia.
Terbaru, gambar beserta caption yang dimuatnaik Mohd Fuzaimie Faizan di facebook mendapat perhatian netizen gara-gara tindakan mulia yang dilakukan Uncle berbangsa Cina ini.
Aku cakap jgn tunggu uncle,lambat lagi ni ada lagi 15 minit lagi, tp dia tetap tak makan..
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2144411158988149&set=a.365237063572243&type=3&theater
Salam ramadhan ke 22. Uncle cina ni tanya aku, pukul 7 ke baru boleh makan. Aku cakap, pukul 7.10 baru kami boleh makan. Tp untuk uncle, silakan makan sekarang. Uncle cina tu cakap, takpe takpe,saya tunggu ,kita makan sama sama. Aku cakap, jgn tunggu uncle,lambat lagi ni, ada lagi 15 minit lagi, tp dia tetap tak makan. So, uncle, terima kasih sbb menghormati kami org Islam n melayu.u cina baik uncle.
Bila time berbuka puasa, aku cakap kat uncle tu, uncle, dah bolih makan uncle. Uncle tu cakap, ok terima kasih dik
#kfc
#mutiararini
#22ramadhan
Rata-rata netizen salute dengan tindakan uncle tersebut bukan sahaja sebab menghormati muslim yang berpuasa tapi sebaliknya turut sama-sama meraikan bulan ramadan.
Masa tu kol 6..ade seorang brother india ni nak makan kt dalam petron..dia duduk buka roti sandwich terus ngap..bila dia nampak saya, dia minta maaf dan bungkus bawak keluar”
Macam ni lah baru semangat 1 Malaysia! Semoga Malaysia terus aman dan harmoni