in

“Takkan pemandu je buat mogok, tauke mana?” – Pemandu Lori Seluruh Malaysia Buat Protes Kat JPJ Sebab…

Feature Image Mogok Lori

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni Kementerian Pengangkutan telah menafikan ada mengenakan syarat baharu berhubung kesihatan diri terhadap pemandu lori yang ingin memperbaharui lesen memandu seperti dakwaan yang tular di media sosial.


Namun baru-baru ni tular pula mengenai demonstrasi jalanan yang di lakukan oleh para pemandu lori di hentian RnR Juru ekoran protes terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan

Mogok 1
Sumber: facebook

Menurut laman Facebook Penang Kini, demonstrasi yang dilakukan itu adalah disebabkan oleh penguatkuasaan pelbagai undang-undang baru kepada para pemandu lori.

Demonstrasi ini juga katanya dilakukan secara serentak di seluruh negeri dalam Malaysia. Hmm yeke?

Difahamkan ada 13 isu yang dibangkitkan oleh para pemandu lori ini ketika berlangsungnya demonstrasi tersebut.

Ini antara 13 isu tersebut:

  1. Pemeriksaan doktor.
  2. Mata demerit.
  3. Saman permit atau majikan.
  4. Had kan masa operasi di jalanan untuk bagi drive rehat tanpa perlu mengejar untuk melepasi sekatan.
  5. Selaraskan BDM mengikut spec lori contoh,
    26 Tayar di naikkan menjadi 70000 kg (muatan boleh 50000 kg selepas berat body di tolak).
  6.  Selaraskan had ketinggian muatan.
  7.  Penjawat awam bersifat sopan bukan memaki hamun.
  8. Saman akta mahkamah diguna pakai apabila melebihi 60%.
  9.  Aksesori tambahan sportlight, lampu tepi dan beacon lori bukan menjadi satu kesalahan.
  10. Selaraskan harga tambang.
  11. Tiada lagi tangkapan dalam site.
  12. Tiada lagi roadblock di persimpangan dan selekoh.
  13. Tiada lagi gangguan pemandu lori di parking tidur kawasan luas yang tak menghalang lalu lintas untuk pemeriksaan/timbang berat.

 

Mogok 2
Sumber: facebook

Namun, menurut Awani, Timbalan Menteri pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar berkata proses pembaharuan lesen untuk setiap pemandu lori adalah sama seperti prosedur biasa, tanpa sebarang perubahan.

“Saya nak sebut di sini dengan jelas bahawa tidak ada apa-apa perubahan dasar yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan kesihatan.

“Isu berkaitan pengesahan kesihatan bukan dilakukan JPJ tetapi dilakukan doktor yang tertakluk di bawah satu kaedah ditentukan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas luahan pemandu lori yang mendakwa ditindas JPJ berikutan syarat baharu pembaharuan lesen yang dikatakan memerlukan keputusan pemeriksaan kesihatan.

Admin harap, isu ini cepat diselesaikan dan boleh lah pemandu-pemandu lori ni semua memandu macam biasa.  

 

Baca: “Ada cctv pun masih tak nak mengaku?” – Wanita Warganegara China Langgar Kakitangan MBPP Sehingga Maut Mengaku Tak Salah

Feature Image Wanita China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.