Korang masih ingat tak kes yang berlaku hampir dua tahun lalu di mana empat pelajar kolej ditemui tak sedarkan diri di dalam kereta? Tiga dari mereka maut akibat keracunan gas dan sorang lagi terselamat.
Untuk yang kurang ingat tentang kes ini, ia berlaku pada 17 September 2020 di mana empat rakan baik Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, Nor Adilah dan Nor Aqilah (kembar) baru sahaja pulang dari bercuti di Pulau Jerejak, Pulau Pinang.
Mereka kemudiannya berhenti di Shell Samagagah di lebuhraya PLUS dan rakaman CCTV menunjukkan kereta yang dibawa mereka ini telah berhenti di sana pada jam 8.30 malam sebelum ditemui oleh bapa salah seorang mangsa Ayuni Shazwanie dalam keadaan tak sedarkan diri di stesen minyak tersebut.
Laporan media sebelum ini mengatakan bahawa mangsa-mangsa ini telah tidur di dalam kereta sehingga tak sedar dan terhidu bau gas karbon monoksida yang berlaku akibat kebocoran di bahagian ekzos kereta.
“Takde pun cakap letih nak tidur”
Bagaimanapun, baru-baru ini melalui TikTok, satu-satunya mangsa yang terselamat daripada kejadian ini, Nor Aqilah telah menceritakan kronologi yang berlaku selepas diminta oleh salah seorang netizen.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan pulang mereka telah membuat keputusan untuk berhenti sebentar membeli makanan. Pada awalnya hanya Aqilah yang keluar dari kereta namun kerana tak cukup tangan untuk bawa barang, Ayuni dan Fariesha telah turun sekali untuk membantunya.
Tambahnya lagi, selepas selesai membeli makanan, mereka masuk semula ke dalam kereta dan berborak sekejap dan selepas itu dia tak ingat apa yang berlaku.
Lepas masuk kereta, ada borak kejap pastu tak ingat dah. Bangun bukak mata je dah ada dekat hospital. First thing yang keluar dari mulut, ‘kakak mana’ (kembarnya).”
Katanya lagi, ketika di dalam koma dia sering mimpikan kakaknya yang mengatakan dirinya pengsan di pulau. Manakala ketika di ICU, gadis ini tak ingat apa yang berlaku.
Selepas dimasukkan ke dalam wad biasa, ibu bapa Aqilah telah memberitahunya mengenai pemergian kakak dan kawan-kawannya.
Siapalah mampu menolak takdir, hanya mampu redha dan teruskan hidup. Al-fatihah untuk sahabat syurga saya.”
@qillmyname Reply to @raiden10m Thankyou kepada yg mendoakan 😊
Untuk pengetahuan korang, video yang dimuat naik oleh Aqilah ini telah pun mendapat tontonan lebih 300,000 dan rata-rata netizen di ruangan komen mendoakan agar gadis ini terus tabah dan redha dengan ujian yang diberikan.
Allahu, tak terbayang rasanya apa yang dilalui oleh Aqilah ni. Moga terus tabah…