Mungkin ramai tak tahu, tapi Hokkaido, Jepun sebenarnya dah perkenalkan muslim friendly travel dan semakin mengalu-alukan kedatangan ramai pelancongan Islam di seluruh dunia. Baru-baru ini, admin dapat rasai pengalaman percutian 6 hari 5 malam di sana dan sepanjang percutian, admin dapat visit beberapa attractions yang best!
Kalau korang inginkan kelainan terutamanya lebih kepada pemandangan menarik serta kecantikan alam semula jadi, Hokkaido patut ada dalam bucket list korang.
Korang boleh decide nak travel musim apa tapi memang kebanyakan pelancong suka dan bersetuju yang Hokkaido teramat cantik ketika musim luruh dan musim sejuk! So, nak tau apa yang best sangat dekat Hokkaido ni? Teruskan baca artikel ni.
Aktiviti dan tarikan pelancongan
Betul, admin ada cakap yang Hokkaido lebih kepada kecantikan alam semula jadi tapi korang jangan risau sebab ada juga aktiviti menarik lain yang korang boleh enjoy selain pemandangan menarik.
Antara aktiviti menarik yang admin dapat experience waktu trip ke Hokkaido baru-baru ini adalah:
1. Noboribetsu Date Jidaimura
Terletak di Noboribetsu, tempat ini adalah theme park yang bertemakan samurai town. Apa yang menarik dekat sini?
- Struktur bangunan vintage
- Pengalaman pakai full kimono set
- Restoran halal (dapat makanan panas-panas)
Dekat Date Jidaimura ni juga ada tiga jenis pertunjukan iaitu:
- Ninja Show
- Oiran Show
- Samurai Show.
2. Noboribetsu Hell Valley
Salah satu tarikan di Noboribetsu, tak kira siang atau malam korang boleh visit tempat ni.
- Hell Valley ni adalah tempat sumber air panas di kawasan itu.
- Ada laluan pejalan kaki untuk sesiapa yang nak explore
- Waktu malam pun boleh jalan-jalan sebab laluan tu terang benderang
3. Asahiyama Zoo
Okay admin suka sangat tempat ni because I love animals! Dekat sini ada bermacam-macam jenis haiwan yang korang boleh visit seperti polar bear, harimau, penguins dan anjing laut. Selain tu:
- Boleh tengok demo macam mana dorang bagi haiwan makan
- Dapat tengok haiwan dengan jarak lebih dekat
4. Otaru Canal & Otaru Sakaimachi Street
- Merupakan pusat ekonomi dan tempat pelabuhan kapal pedagang pada zaman dulu.
- Otaru jadi salah satu tarikan pelancongan selepas pusat ekonomi dipindahkan ke Sapporo
- Dipenuhi dengan kecantikan bangunan kedai zaman dulu
- Banyak kedai souvernirs di sepanjang Sakaimachi Street.
- Tarikan pelancong paling famous adalah Music Box Museum
- Otaru Canal, tempat gudang-gudang lama zaman dulu
5. Lake Shikotsu
- Cantik dengan pemandangan gunung ganang dan tasik.
- Sangat luas, boleh explore sambil jalan kaki untuk dapat spot gambar menarik
Pengangkutan
Japan Rail Pass
Okay, Jepun ni yang best is setiap negeri korang boleh sampai dengan menaiki tren! Walaupun ada kawasan-kawasan yang outskirt sikit tu tak ada access to tren tapi korang still boleh explore naik bas atau kereta sewa.
- Hanya pelancong boleh dapat Japan Rail Pass
- Boleh pilih nak pass ikut hari, ada pakej 7, 14 dan 21 hari. Lebih jimat!
- Selain beli pass, boleh juga beli tiket yang dapat reserved seat.
Hotel
Okay, so far dekat Hokkaido ni baru ada 3 muslim friendly hotel tapi pada admin hotel ni not the biggest problem pun kalau nak dibandingkan dengan makanan kan? Hotel muslim friendly yang dimaksudkan adalah:
- New Otani Inn Sapporo
- Sahoro Resort Hotel
- Rusutsu Resort Hotel & Convention
Kalau breakfast buffet dekat hotel yang bukan muslim friendly pun, dorang jenis ada tunjuk simbol untuk bagitau kita kandungan sesuatu makanan tu. So, kalau nampak dekat situ ada gambar khinzir kita tahu lah tak halal. Senang kan?
Restoran muslim friendly
Mungkin ramai tak terfikir untuk pergi Hokkaido atau ragu-ragu sebab risau kalau tak muslim friendly. Tapi sebenarnya dekat seluruh Hokkaido tu ada 55 buah restoran muslim friendly termasuk makanan India, Indonesia dan Jepun.
Antara restoran yang admin sempat pergi adalah:
1. Ramen Yotsuba, Asahikawa
- Tempat sangat cozy
- Tak putus customer datang (maksudnya sedap!)
- Mereka akan hidang ramen panas-panas
2. Taisetsu Ji Beer, Asahikawa
- Ada dapur dan peralatan khas untuk makanan khusus bagi pengunjung Islam
- Menggunakan daging import yang fresh!
- Ada sos pencicah halal
- Jangan lupa buat tempahan sebelum datang
3. Donburi Chaya, Otaru
- Ada banyak hidangan Donburi (sejenis hidangan nasi Jepun)
- Portion makanan yang agak memuaskan!
- Boleh tumpang bilik di tingkat atas kalau nak solat
4. Asia Kitchen Gapaou
- Restoran yang serve makanan Thai
- Dimasak oleh Japanese chef

5. The Raj
- Orang Jepun suka makanan India, The Raj adalah salah satu restoran yang terkenal di Chitose
- Semuanya dihidang panas dan portion memuaskan!
Overall, Hokkaido memang best dan muslim friendly. Kalau korang tak jumpa surau atau masjid pun, dorang sangat friendly dan faham kita nak solat. So, most of the restaurants akan bagi korang tumpang bilik untuk sembahyang.
Kalau korang jenis suka beautiful and magnificent scenery atau nak experience musim salji yang best, Hokkaido adalah pilihan yang tepat! Trust me, korang tak akan menyesal.
Kata orang, benda baik kena kongsi. So, ni admin kongsi pasal percutian dekat Hokkaido. I had so much fun, so you guys should too!