in

“Tak taulah mcm mane dia nk terima berita pasal kembar dan kawan kawan lain tu.” – Tragedi Karbon Monoksida, Nor Aqilah Dah Sedar

Ft Aqilah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes empat pelajar dari kolej kejururawatan yang tidak sedarkan diri akibat terhidu gas karbon monoksida, mangsa terakhir, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 dilapor mula menunjukkan reaksi positif.

Selepas seminggu mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur mangsa dilaporkan mula sedar dari koma.


Capture 2 3 1

Oleh kerana Nor Aqilah dilihat semakin stabil, alat bantuan pernafasan yang diberikan kepadanya turut dicabut lapor Berita Harian

“Alhamdulillah, polis menerima maklumat bahawa Nor Aqilah sudah sedar daripada koma dan dia mengangguk kepala tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya,” – Asisten Komisioner Shafee Abd Samad/Ketua Polis Daerah Seberang Perai

Tragedi hitam tersebut berlaku pada hari Rabu minggu lalu mengakibatkan kematian Sharifah Fariesha Syed Fathi; Ayuni Shazwanie Shabri serta kembarnya Nor Adilah.

Kesemua mereka dipercayai berehat di tempat letak kereta stesen minyak Sama Gagah bercadang untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah selepas itu.

Bagaimanapun keempat-empat mangsa dijumpai tidak sedarkan diri oleh bapa kepada salah seorang mangsa selepas mereka dipercayai terhidu karbon monoksida dalam kereta yang dinaiki.

Capture 4 1

Ketika kejadian Sharifah Fariesha ditemukan maut di lokasi kejadian manakala Ayuni Shazwanie meninggal dunia dalam perjalanan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Kembarnya Nor Adilah pula dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak manakala,  Nor Aqilah pula dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Tak boleh bayanglah hilang orang kita rapat dalam sekelip mata. Min doakan Nor Aqilah pulih sepenuhnya, dan tabah dengan ujian yang dihadapi…

 

Baca : Takde warna, bau ,bunyi Kebocoran Karbon Monoksida Ragut Banyak Nyawa, 5 Perkara Penting Korang Kena Ambil Tahu

Capture 6 9

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.