in

“Tak tahu kenapa…” – [VIDEO] Lagu ‘Muah Muah Raya’ Terlalu ‘Mengundang’? DSV Pula Diseru SKMM

Untitled Design 2022 05 13T110331.735

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Raya Aidilfitri kali ini tidak dinafikan sangat meriah berbanding tahun-tahun lepas. Memang all out tahun ini dek kerana pandemik dan disebabkan itu ramai artis dan usahawan yang mengambil peluang untuk mengeluarkan lagu raya.


Pun begitu, tahun ini ada beberapa lagu raya yang mengundang kontroversi. Sebelum ini, lagu Kelepok Raya mengundang kecaman netizen kerana menggunakan penari yang terlalu ‘menggeletis’ sehingga dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Kali ini, lagu Muah Muah Raya oleh jutawan kosmetik Malaysia, Dato Seri Vida (DSV) pula mendapat nasib yang sama. Difahamkan, muzik video lagu rayanya memaparkan penari-penari drag queen dengan solekan yang berlebihan.

 

 

DSV dalam video yang dimuat naik dalam Instagramnya, menyatakan dia tidak tahu mengapa dia dipanggil oleh SKMM, menurutnya dia tidak mempromosikan lagu tersebut secara besar-besaran selepas Dato Aliff Syukri dipanggil oleh badan kerajaan itu.

“Maka saya kena pergilah ke MCMC untuk beri keterangan terhadap lagu Muah Muah Raya, lagu itu telah di report, saya pun memang tak sihat ni, sakit kepala, tapi saya kena pergilah mengikut arahan.

Saya turuti, saya tak ada apa cuma anggap lagu tu sebagai hiburan je.” katanya.

Perkara itu mengundang kecaman netizen, ramai yang merasakan ia hanyalah drama yang dilakukan oleh usahawan kosmetik itu. Tidak kurang juga yang berkata itulah padahnya jika membuat video yang provocative.

Dsv

Semoga menjadi iktibar…

Baca: “Menggeletis betul” – [VIDEO] Netizen Menyampah Tengok DSV & Lucinta Luna Buat Aksi ‘Meminta’ Tengah KL

Untitled Design 2022 05 13T110022.992

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.