Selepas lebih kurang seminggu kita beraya, dah bermacam perkara viral telah dimuatnaik di media sosial. Ada content yang kelakar, sedih dan ada juga yang menyakitkan hati.
Baru-baru ini, usahawan kontroversi, Dato’ Seri Vida sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia memuatnaik beberapa video di Instagramya @datoserivida tengah sakan meluangkan masa dengan seorang selebriti transgender Indonesia, Lucinta Luna yang hadir ke Kuala Lumpur.
https://www.instagram.com/p/CdXy8CAByhg/
Video-video Vida dan Lucinta Luna yang berjalan-jalan di tengah Kuala Lumpur telah menjadi bualan apabila sesetengah perilaku mereka kelihatan sangat tidak sopan sehingga menganggu pandangan orang awam yang berada di sana.
Dalam video tersebut, aksi mereka yang gelak terbahak-bahak sambil buat ‘drama’ ditambah pula dengan Lucinta yang siap terbaring tengah jalan menarik perhatian orang ramai yang berada di sekeliling mereka. Macam-macam hal
Selain daripada aksi berani tersebut, dua individu kontroversi itu dilihat turut mengusik-usik orang awam yang berada di sana dengan menari secara kurang sopan dan ramai terkejut bila Lucinta secara tiba-tiba buat aksi cartwheel dengan dirinya yang hanya pakai dress pendek.
@datoserividaofficial Reply to @surianasue91 Lepas tengok kejadian ni terus tak lupa 🤣 @lucintaluna12 . Buat stunt depan pavii . #lucintaluna #datoserivida #foryou #kuikhlaskan #kuikhlaskandsv #masukberandafyp #masukberandamuu #masukberandagak #tiktokindonesiafyp
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUTEH
Menjengah ke ruangan komen, banyak netizen memberikan pelbagai kecaman kerana perbuatan tersebut disifatkan keterlaluan dan seperti tidak ada perasaan malu tambah-tambah lagi DSV yang bertudung serta seorang usahawan yang dikenali ramai.
“Betulla sikap kita melambangkan dengan siapa kita berkawan” – Komen netizen
“Tak sesuai dengan umur ni, malu org tgok” – Komen netizen
Apa korang rasa kalau jumpa dorang ni dekat tengah-tengah KL?
Baca: “Alamak, kantoi sangat ni” – Live Ku Ikhlaskan DSV Di Big Stage Rupanya Miming?