Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang menetapkan hukuman hudud kepada penduduk yang majoritinya ialah orang beragama Islam.
Pada 26 November lalu, seorang lelaki Indonesia berusia 19 tahun telah dijatuhkan hukuman sebat kerana merogol kanak-kanak perempuan. Bagaimanapun, wajah dan nama kanak-kanak itu tidak didedahkan oleh pihak media untuk melindungi identiti mangsa.
Selepas didapati bersalah, si pelaku telah dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 146 kali di khalayak ramai. Jumlah sebatan ini boleh dikatakan agak tinggi untuk jenayah yang berat seperti ini.
Ketika proses sebatan dilakukan oleh pegawai penjara, lelaki tersebut rebah kesakitan dan merayu kepada pihak penjara agar hukuman dihentikan. Tegas dalam menjalaskan tugas, pihak berwajib tetap menyambung hukuman itu semula selepas lelaki itu dirawat oleh doktor.
Menurut Ivan Nanjjar Alavi, seorang pendakwa raya di wilayah Aceh, hukuman yang dilakukan di hadapan khalayak ramai ini adalah bertujuan untuk mencegah dan memberi pengajaran kepada orang ramai.
Sumber: CNA
BACA: Kes Remaja Ditahan Cuba Rentas Negeri di TBS: Bapa Kandung Rogol Secara Berterusan Sejak Januari