in

Tak Tahan Dikecam, Izreen dan Ude Tutup Akaun Instagram

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita semua sememangnya tahu akan berita sensasi yang sedang menjadi bualan hangat netizen-netizen sekarang, di mana suami kepada pelakon terkenal. Izreen Azminda telah memfailkan permohonan cerai terhadap madunya, iaitu Intan, setelah hampir 6 bulan hidup bermadu.


Pelbagai reaksi yang diterima daripada netizen dan semestinya cemuhan yang diterima oleh Izreen, kerana didakwa dia adalah punca perkara ini terjadi walaupun sudah beberapa kali dia menegaskan bahawa dia tidak pernah mengambil tahu tentang rumah tangga suaminya, Ude bersama Intan.

Izreen Azminda Ude
sumber: bh

Izreen terus-terusan dikecam netizen sehinggakan menurut Sinar Harian, tekanan tersebut telah membuatkan Izreen dan suaminya itu tidak lagi mengaktifkan akaun Instagram (IG) masing-masing. Jeng jeng jeng! Semasa IG mereka masih aktif, dapat dilihat pelbagai kata-kata kasar yang dikeluarkan oleh netizen kepada Izreen, walaupun ada ruangan komen yang disekat, namun netizen sangat pakar dalam mencari ruangan untuk melepaskan perasaan marah mereka.

Image
sumber: sh

Namun tindakan Izreen itu tidak menghalang netizen dari terus menerus mengecamnya apabila mereka mencari cara lain dengan beralih ke akaun IG kelab peminat Izreen. Malah difahamkan, akaun @izreenazminda_haters telah menjadi ruangan ‘rasmi’ mereka untuk melepaskan kemarahan kepada pasangan itu. Woww sampai macam tu sekali tau!

Keep supporting Intan Liana IG @iiiintvnroxs. Boleh drop komen untuk bagi Intan semangat”

Dengan caption tersebut, IG yang sudah mula aktif ini mendapat hampir 3500 pengikut.

2018 03 03 16 36 55 004
sumber: instagram

Pelbagai kata cemuhan dilemparkan kepada Izreen yang dianggap sebagi perosak rumah tangga madunya itu. Malah apa yang mengeruhkan lagi keadaan apabila sebahagian daripada netizen berhasrat untuk memboikot drama mahupun produk yang melibatkan selebriti tersebut.

Dalam pada masa itu, Intan mendapat sokongan padu daripada netizen yang bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya. Kannn kesian sangat! Malah jumlah pengikut Intan di IG juga telah bertambah daripada 30,000 pengikut kepada 89,7000 pengikut. Juga difahamkan, Intan baru sahaja aktif dalam review barang di IG dan netizen meminta untuk sentiasa menyokong Intan dalam apa juga keadaaan.

Harap hati awak kental lah ye terima kata-kata daripada netizen tuu.

Baca: Sambut Ulangtahun Perkahwinan Dengan Berita Penceraian, Intan Liana Throwback Gambar Kahwin Dengan Ude

111

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.