Bila kita pergi bercuti atau duduk di mana-mana hotel atau homestay, kita mesti ada expectation kita yang tersendiri kan? Lebih-lebih lagi kalau tempat yang kita dah pernah pergi.
Baru-baru ni, viral di TikTok apabila pasangan suami isteri telah memuat naik video menunjukkan kekecohan yang berlaku di hotel Kamalodge yang terletak di Taiping, Perak.
“Suruh kita blah lepastu tak nak refund”
Video yang telah mendapat tontonan lebih 1 juta itu menunjukkan pasangan suami isteri ini meminta agar diberikan refund selepas dia dikatakan telah dihalau keluar oleh pemilik hotel tersebut kerana mengadu makanan yang dipesan sejak jam 7 malam tak siap-siap.
https://www.tiktok.com/@julietcva/video/7094930572153228570?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en
Selain itu, pasangan suami isteri ini juga turut meceritakan perkara sebenar yang berlaku ketika percutian mereka di sana.
Dikatakan, sejak tiba lagi macam-macam masalah yang berlaku. Menurutnya, ketika sampai bilik yang disediakan bersemut dan tilam extra yang diminta juga turut tidak diletakkan di dalam bilik.
Namun begitu, pasangan yang bercuti di sana bersama keluarganya ini membuat keputusan untuk tidak membuat apa-apa aduan dan terus bersabar.
https://www.tiktok.com/@julietcva/video/7094475798198930714?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en
Disebabkan air yang dipesan di kafe mengambil masa satu jam untuk sampai, mereka telah membuat keputusan untuk membuat pesanan awal pada jam 7.30 malam untuk makan pada 8.30 malam.
Pun begitu, makanan tersebut tetap tak siap sehingga jam 10.45 malam hingga menyebabkan mereka membuat aduan kepada pemilik hotel tersebut namun responnya…
Datuk tu punyalah berlagak! Dia cakap, ‘tak boleh buat apa-apa lah kena tunggu sampai pukul 12 lah kalau macamtu. Kalau tak boleh tunggu boleh blah.'”
https://www.tiktok.com/@sivasya/video/7095059638789442842?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Tak cukup dengan itu, pasangan ini turut mengatakan bahawa pemilik hotel tersebut yang juga berpangkat “Datuk” ini turut mengutarakan perkataan racist di hadapan pelanggan lain.
Menerusi balasan di ruangan komen, dikatakan sehingga kini mereka masih menunggu refund dari pihak pengurusan hotel tersebut.
Baca: [VIDEO] Wanita Terkejut ‘Jumpa’ Lelaki Tak Dikenali Menyorok Dalam Almari Hotel