in

Tak Seperti Delta, Pakar Dedah Gejala Omicron ‘Sangat Berbeza’ Dari Varian Sebelum Ini

Collage 62

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengerusi Persatuan Perubatan Afrika Selatan, Dr Angelique Coetzee baru-baru ini mengatakan yang dia melihat pesakitnya yang dijangkiti varian Omicron ini telah menunjukkan simptom yang sangat berbeza dengan varian Delta.


Dr Coetzee yang juga merupakan antara orang pertama yang mengesyaki varian Omicron ini memberitahu tujuh pesakitnya menunjukkan simptom yang berlainan namun ia seakan sama dengan simptom penyakit viral normal.

Saringan O Hmfield Image Socialmedia.var 1621675067

Menurut Mirror, Dr Coetzee memberitahu bahawa pesakitnya hanya mengalami gejala keletihan yang ekstrem, lenguh otot yang sederhana, sakit tekak dan batuk kering.

Tak seperti varian sebelum ini, varian ini tidak menyebabkan pesakit kehilangan deria bau atau rasa.

Berbanding Delta, simptom bagi varian ini adalah sangat-sangat ringan dengan tiada pesakit yang memerlukan pembedahan ekoran jangkitan ini.”

Tambah Dr Coetzee lagi, kebanyakan pesakit dengan varian Omicron ini hanya menerima rawatan di rumah.

Pun begitu, pakar ini turut mengutarakan kebimbangannya ke atas varian ini terhadap warga emas dan orang yang masih belum menerima vaksin.

Jika mereka tak divaksinasi, kita akan lihat ramai orang yang akan alami sakit teruk akibat penyakit ini.”

Manakala, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) pula mengatakan, laporan dalaman mengenai jangkitan baru yang dialami oleh pelajar universiti hanya menunjukkan simptom-simptom ringan. Pun begitu, tahap keterukan varian ini tak dapat disahkan sehingga beberapa hari atau beberapa minggu dari sekarang.

 

Baca: Varian Omicron: KJ Minta Rakyat Berjaga-jaga, Netizen Minta Terus Tutup ‘Border’

Collage 61

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.