in

Tak Sempat Pulang Ke Rumah, Sakit Kepala Punca Calon SPM Terjatuh Dalam Sungai Tanpa Sedar

Page Pitam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pergi mana-mana, pastikan makan dulu secukupnya. Bukan apa, untuk elakkan perkara yang tak diingini daripada berlaku sebab malang tak berbau.


Seorang gadis menerusi video yang dimuat naik di TikTok, @qishhhhhhhhh._ baru-baru ini menceritakan pengalaman peritnya mengalami kemalangan disebabkan lambat makan. Dia dilaporkan terjatuh ke dalam sungai tanpa sedar ketika menunggang motosikal.

Yang menjadi persoalan awal pada dirinya ketika itu adalah, dia sendiri tidak tahu bagaimana dirinya boleh terjatuh dari jambatan.

Menurut mstar, kejadian itu telahpun berlaku pada bulan Ogos yang lalu. Tujuan dia berkongsi video tersebut adalah untuk mengimbau kembali peristiwa itu sewaktu dia hendak pergi ke sekolah untuk mengambil modul bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

@qishhhhhhhhhh.__

apa yg da jd , biarkan . terima je dngn hati yg terbuka . Simpan sini buad kenangan . ? #fyp

♬ bunyi asal – tahhh – tahhh

Gadis yang dikenali sebagai Aqish atau nama penuhnya, Nurain Balqis Abd Malik memberitahu bahawa dia menunggang motosikal untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Taha di Negeri Sembilan.

“Kejadian berlaku dah lama, masa tu saya dari rumah nak ke sekolah untuk ambil modul yang cikgu bagi’’ – Aqish

Tambah dia lagi, dia hanya menjamah roti kerana sudah terbiasa makan lambat. Tetapi apabila tiba di satu tempat, dia tiba-tiba diserang sakit kepala. Dia berhenti berehat selama 10 minit dengan harapan sakit itu semakin berkurangan.

Moto

Dia sedaya upaya mengumpul tenaga untuk pulang ke rumah dengan segera tetapi sakit kepala yang dialami semakin menjadi-jadi sehingga mata mula kabur dan tidak dapat melihat apa-apa.

Gadis itu memaklumkan bahawa dia hanya tersedar selepas beberapa minit dan segera menjerit minta untuk diselamatkan oleh orang ramai kerana telah mengalami kecederaan.

Selepas itu, dia terus dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut kerana mengalami beberapa kecederaan di bahagian kaki dan kini telah pun pulih sepenuhnya.

Sebab tu, kena pastikan sarapan dulu sebelum pergi mana-mana. Jangan abaikan kesihatan diri sendiri. Happy tummy happy me gitu.

Baca: “Ayah aku pernah hulur RM100” – [VIDEO] Konon Minyak Motor Habis Di Stesen Petrol Padahal…

Baca Moto

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.