in

“Tak semestinya kena hukum” – Jabatan Agama Sahkan Kes Pengkid Pakai Ihram Dah Selesai Sebulan Lepas

Collage 66

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih kurang dua bulan lalu, viral dakwaan di media sosial menunjukkan seorang wanita memakai ihram semasa menunaikan haji di Mekah. Bukan itu sahaja, ada juga beberapa dakwaan mengatakan wanita yang menyerupai lelaki ini juga telah menipu ramai perempuan sehingga ada yang dah buat persediaan untuk berkahwin.


Ekoran ini, orang ramai telah meminta agar pihak jabatan agama mengambil tindakan ke atas pengkid ini kerana telah mempermainkan hukum agama.

Namun begitu, baru-baru ini Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Mohd Yusop Husin berkata kes tular ini telah pun diselesaikan secara baik di luar mahkamah sejak hampir sebulan lalu.

Jelasnya, wanita tersebut telah tampil ke Pejabat Agama Islam Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar bersama ibu bapanya dan melalui sesi kaunseling, lapor Harian Metro.

Umrahmain

Kes sudah selesai hampir sebulan lalu selepas pihak kita mengambil keterangan serta semua maklumat berkaitan dengan kehadiran bersama ibu serta bapanya. Alhamdulillah mereka berikan kerjasama amat baik.

“Wanita itu sudah selesai berikan kenyataannya kepada kita. Insya-Allah kita ada cara tersendiri bagaimana hendak menangani kes seumpama ini.”

Ketika ditanya tentang tindakan susulan yang akan diambil ke atas pengkid tersebut, Yusop menjawab pihaknya telah mengambil pendekatan tersendiri seperti memberikan sesi kaunseling.

Tidak semestinya dalam kita mencegah sesuatu, ia perlu bersifat suatu hukuman, tangkap, apatah lagi mendera kerana ada kaedah lain yang boleh kita buat tambahan pula dia dan keluarganya berikan kerjasama sangat baik dengan datang sendiri kepada kita.

“Mudah-mudahan dia sedar kesilapan yang dilakukannya serta insaf. Pada saya, jika dia tidak insaf dan rasa bersalah, dia takkan datang pun kepada kita sebaliknya mereka datang dengan sukarela.”

Mengenai kes seperti ini berulang, Yusop berkata ia bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan tersebut selain bilangan kesalahan yang sama dibuat secara berulang.

Kadangkala mungkin kesalahan itu buat tanpa sedar dan tanpa niat serta tiada maksud tertentu. Dan mungkin ada kesalahan yang memang sengaja dilakukan di samping dilakukan secara berulang.

“Umpamanya jika didapati kesalahan itu berulang dan sengaja dilakukan, maka sudah tentu tindakan tegas akan diambil.”

Harapnya lepas lalui kaunseling, wanita ni insaflah dan tak buat lagi…

 

Baca: “Aku harap kau bertaubat” – Wanita Didakwa Pengkid Tunai Umrah di Makkah, Siap Pakai Ihram?

Pengkid Tunai Umrah Pakai Ihram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.