in

Tak Sanggup Lihat Anak Murid Jalan Kaki 8 KM Sehari, Guru Ini Hadiahkan Motorsikal Baharu

Motorsikal Baharu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, guru memang banyak berjasa kepada masyarakat. Tidak kurang juga, ada yang sanggup berbelanja lebih untuk anak-anak muridnya sendiri. Begitulah mulianya insan yang bernama guru yang sanggup melakukan perkara yang luar biasa demi anak murid tercinta.

Itulah apa yang dilakukan oleh seorang guru, Mohd. Fadli Salleh atau lebih dikenali Cikgu Fadli yang telah membelikan hadiah motorsikal untuk keluarga anak muridnya.


Menurut perkongsian Cikgu Fadli di laman Facebooknya, anak muridnya terpaksa berjalan kaki sejauh 2 km untuk ke sekolah. Motorsikal ayahnya telah ditarik terana tidak dapat menyelesaikan ansuran bulanan.

“Terduduk si ayah. Motor adalah kenderaan utamanya untuk bekerja. Sumber utama keluarga adalah melalui pekerjaan ayah sebagai penghantar makanan (Grab). Menung panjang jugalah.”

Namun, apa yang menyentuh hati cikgu Fadli ialah kesanggupan ayahnya untuk menemani anaknya berjalan kaki ke sekolah tiap hari.

“2 km pergi, 2 km balik. Masa pulang pun kena berjalan lagi. 8km ulang alik jalan kaki semata-mata untuk anak dapat ilmu.”

Motorsikal Baharu
Gambar hiasan

Cikgu Fadli sempat berjumpa dengan ayah muridnya ketika Hari Orientasi Tahun 1. Ujarnya lagi, jarang kaum ayah hadir program sebegini, selalunya ibu-ibu sahaja.

“Dia dari keluarga susah 10 orang adik-beradik. Terpaksa berkorban tinggalkan bangku persekolahan di Tingkatan 4 kerana keluarga kurang mampu.

Dan hari ini, dia masih berkata pada aku memang dia suka belajar. Dia dulu nak jadi cikgu. Namun nasib keluarganya tidak menyebelahi cita-citanya. Namun dia akan pastikan anak-anak dia dapat pendidikan sempurna.”

Usai program berakhir, Cikgu Fadli telah meminta ayah kepada anak muridnya untuk tunggu sebentar.

Kemudian, Cikgu Fadli membawanya ke sebuah kedai motorsikal di Batu Caves untuk membeli sebuah motorsikal baharu. Cikgu Fadli telah menghadiahkan sebuah motorsikal SM Sport yang berharga RM 3600.

“Sebelum pulang, berkali-kali ayah tersebut mengucapkan terima kasih kepada saya.” Semoga bantuan ikhlas dari Cikgu Fadli ini dapat membantu ekonomi keluarga itu untuk pulih seperti sediakala.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mujurlah ada guru yang tidak segan untuk membantu anak muridnya.

Baca: Longgar pun tak apa – [VIDEO] Netizen Terharu Dengar Komen Anak Murid Terima Kasut Baru Daripada Guru

Kasut Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.