in

“Tak ramai org, impossible penat jadi isu” – Dr Say Bagi Komen Isu ‘Lupa Tekan’ Syringe Di PPV PWTC

Fi Dr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dua menjak ni, makin banyak kes-kes yang tak diingini berlaku di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Antara yang menjadi bualan hangat adalah apabila, penerima vaksin hanya menerima ‘vaksin angin’ atas kecuaian oleh petugas sendiri.



Oleh itu, perkara sebegini membuatkan lebih ramai masyarakat risau dan tak yakin untuk terima vaksin di mana-mana PPV.

 

Dr Say ‘buka mulut’

Beberapa hari lalu, viral lagi sebuah kisah yang hampir sama di PPV PWTC di mana seorang wanita sempat merakam yang dia diberi ‘vaksin angin’ oleh petugas di sana. Namun kemudian, dia membuat laporan kepada pihak berkenaan dan peroleh suntikan vaksin yang sepatutnya.

Dr 4

Terkejut dengan perkara terjadi, Dr Say Shazril telah beri komen mengenai isu berkenaan di laman Instagramnya. 

Pada permulaan perkongsian, Dr Say menyatakan dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tak membenarkan penerima vaksin untuk rakam semasa proses vaksinasi kerana ia akan melambatkan proses. Namun selepas kerajaan membenarkan tindakan tersebut, dia merasakan perkara itu bagus lebih-lebih lagi dengan perkara terjadi di PPV PWTC berkenaan.

Sehubungan dengan kes itu, Dr Say terus menghubungi pemilik video berkenaan sebab dia turut bertugas di PPV tersebut pada hari itu.

Dr 1

 

“Semalam kat PWTC tak ramai orang… nak kata terlupa pun mustahil”

Menurut Dr Say, PPV berkenaan tidak sesak sama sekali ketika wanita tersebut menerima vaksinnya dan itu membuatkan dia mempersoalkan tindakan petugas ketika itu. Oleh sebab itu juga, dia hairan jika penat itu jadi alasan ‘lupa tekan’ syringe sebab kejadian adalah pada waktu pagi.

Selain itu juga, dia turut mempersoalkan dan merasakan bahawa ada muslihat lain dengan perkara terjadi dan tak boleh terima dengan alasan diberi oleh petugas tersebut.

Dr 2

 

“Benda macam ni memburukkan nama Pusat Pemberian Vaksin”

Tambahnya lagi, dia akui bahawa prosedur ditetapkan sedikit leceh namun jika petugas ikut SOP ditetapkan, tiada alasan yang mereka boleh terlupa.

Justeru, insiden sebegini jugalah yang akan merosakkan imej sesebuah PPV itu dan secara tak langsung nama baik petugas kesihatan yang lain.

Dr 3

Lepasni sesiapa yang nak cucuk vaksin tu, lebih baik rakam. Bukannya sebab tak percaya, tapi kita lebih berjaga-jaga okay.

 

Baca : [VIDEO] Wanita Kesal Petugas PPV Cakap ‘Tak Perasan’ Tak Tekan Syringe Suntik Vaksin

Fi Ppv 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.