Bulan Ramadhan adalah bulan paling ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang.
Bukan saja sebagai bulan untuk kita mengumpul pahala beramal ibadat, tapi ia juga antara masa untuk para peniaga mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda daripada hasil jualan.
Untung satu malam hanya RM37
Tapi apa perasaan anda kalau punca rezeki kita berniaga tu pada masa sama menutup rezeki orang lain?
Seorang netizen mengeluh di media sosial apabila kedainya dikatakan dihalang daripada pandangan orang ramai akibat khemah-khemah yang didirikan di hadapannya.
Menurut pengadu, akibat perkara ini dia alami kerugian hingga terpaksa berhentikan 3 orang pekerja sebab tak mampu bayar gaji mereka.
Dia hanya mendapat keuntungan sebanyak RM37 untuk satu malam, selepas berniaga dari pukul 6 petang hingga 3 pagi.
Tapak kedai dihalang khemah bazar Ramadhan
Katanya, khemah bazar Ramadhan yang didirikan di hadapan kedainya mengganggu pandangan orang ramai walaupun telah disediakan tempat makan di luar.
Kalau nak ambil tapak khemah kat luar tu, kena pula bayar sampai RM4,000!
Kejadian ini dipercayai berlaku di tapak bazar Ramadhan Taman Klebang Utama, Melaka.
“Penganjur tahun ni memang sangat jahat. Penindas!”
Lebih memburukkan keadaan apabila bukan sahaja pengadu malah peniaga lain pun alami nasib sama.
Sebab orang tu tak bayar tapak parking kat depan kedai so boleh tutup je bahagian hadapan kedai tu?
Bukan salah pihak PBT?
Kalau diikutkan, mereka yang berikan kelulusan tapak berniaga sepanjang bulan Ramadan ni adalah pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tapi ada pihak yang mendakwa masalah ini bukan salah PBT. Sebaliknya adalah salah pihak penganjur.
Oh tapi macam mana boleh beri lesen tapi tak fikirkan akibat kalau khemah tutup keseluruhan pintu masuk kedai? Macam ada yang tak kena je..
Mudah-mudahan masalah peniaga-peniaga di kawasan berkenaan akan selesai secepat mungkin.
Tak baiklah kita menutup pintu rezeki orang lain semata-mata nak cari untung je.