in

“Tak pernah register, data disalah guna?” – Kecoh di Media Sosial Ramai Tiba-Tiba Jadi Ahli, Ini Penjelasan RELA Malaysia…

Ft Ahlirela

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial sejak semalam sehingga menjadi trending di Twitter, ramai netizen terkejut apabila mendapati nama dan kad pengenalan mereka didaftarkan secara automatik menjadi ahli Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).


Mengejutkan, ada juga yang nama mereka sudah didaftarkan bertahun lamanya dan menurut seorang netizen, kebanyakannya ‘menjadi’ ahli RELA pada tahun 2010 hingga 2016.

 

Ahli parlimen pun terkena?

Malah menurut Malaysiakini, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim dan isterinya antara yang turut tersenarai sebagai ahli RELA berdaftar tanpa pengetahuan dan kerelaan.

Rupa-rupanya saya dah jadi ahli Rela sejak 2011 tanpa disedari. Siap ada no ahli dan kod platun. Macam mana ini?”

Adakah pendaftaran automatik untuk semua rakyat Malaysia? Sebab isteri saya pun ahli Rela kalau menurut laman semakan ahli Rela ini.”

 

Siasatan dalaman akan dijalankan – RELA

Susulan tular isu pendaftaran secara automatik ini, RELA Malaysia telah tampil mengeluarkan kenyataan media sebentar tadi. Melalui kenyataan itu, pihak RELA menegaskan bahawa dakwaan yang kini kecoh di media sosial tidak benar sama sekali serta turut memaklumkan jika sesiapa ingin menamatkan keanggotaan boleh berbuat sedemikian.

Kepada individu terbabit yang mendapati telah didaftarkan sebagai anggota RELA dan ingin menamatkan keanggotaan sila hubungi talian berikut 03-8870 3770 atau emel pro_rela@moha.gov.my untuk dibatalkan keanggotaannya.”

Bukan itu saja, RELA turut memaklumkan tindakan sewajarnya akan diambil untuk menjalankan siasatan dalaman dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu.

Baca: #AzminLetakJawatan Kini Trending Di Twitter, Netizen Tak Puas Hati Isu Syarikat Boleh Beroperasi Semasa Lockdown

Azmin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.