in

“Tak pernah jamah makanan barat” – Pelajar Menangis Terharu Pertama Kali Makan Piza

Pertama Kali Makan Pizza

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa pengalaman yang membuatkan korang berasa terharu hingga menitiskan air mata? Setiap orang pasti ada momen yang amat bermakna dalam hidup yang mungkin orang sekeliling sukar untuk memahaminya.


Perkongsian seorang pemuda yang memaparkan video rakannya yang terharu apabila pertama kali berpeluang menikmati piza telah menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan Coach Aizat di TikTok, dapat dilihat rakannya beberapa kali mengelap air mata ketika menjamah piza.

Artikel berkaitan: “Menghargai tak perlu banyak wang” – Suami Buat ‘Surprise’ Untuk Isteri, Sambut ‘Anniversary’ Di Rumah

Artikel berkaitan: “3 tahun tak makan” – Pengawal Keselamatan Warga Nepal Teruja Dapat Merasa Masakan Tradisinya

@coachaizat

Bersyukur dengan apa yang ada. Benda remeh bagi kita mungkin istimewa bagi seseorang

♬ Sad violin – Katsuyuki Takahashi

Menurutnya, ketika itu dia dan rakannya yang berasal dari China berada di dobi untuk mencuci pakaian. Kebetulan pula, dia membeli hidangan itu dan mengajak rakannya makan bersama.

Aizat berkata, rakannya yang sedang menuntut pengajian Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengatakan bahawa itu adalah hidangan pertama kali dimakan dalam hidupnya.

Namun, ramai yang berasa sangsi dengan perkongsian video itu apabila melihat rakannya itu memiliki telefon pintar jenama terkenal tetapi tidak pernah merasa makanan barat.

Datang dari keluarga yang strict

Menerusi video berasingan, Aizat tampil menjawab persoalan netizen yang menuduhnya berkongsi video itu untuk tujuan viral.

Katanya, kehidupan waktu kecil rakannya itu tidak sama seperti kebanyakan orang kerana keluarganya amat tegas dan tidak pernah jamah makanan selain daripada masakan bangsanya.

@coachaizat

Replying to @coachaizat Menjawab soalan daripada video sebelum @Coach Aizat

♬ original sound – Coach Aizat – Coach Aizat

“Dia pernah makan luar cuma bukan makanan barat. Dia hanya makan makanan dimasak di rumah.

“Ada nikmat kanak-kanak yang dia tak dapat. Bukan fasal makanan saja, bermain di luar pun dia kurang seperti ke fun fair dan pantai. Mungkin sebab itu, dia menangis kerana sedih dalam gembira,” ujarnya.

Tambah Aizat, dia berkongsi video tersebut untuk rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Mungkin nampak remeh bagi kita tapi besar maknanya bagi orang lain.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.