Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, jumlah kes positif Covid-19 di Sabah yang meningkat secara mendadak ini telah membimbangkan ramai orang. Lebih-lebih lagi bila Pilihan Raya Negeri (PRN) kini sedang berlangsung.
Pun begitu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan, dengan pelaksanaan SOP yang ketat, PRN Sabah boleh diteruskan, lapor Bernama.
Keadaan masih terkawal
Menjawab mengenai kebimbangan orang ramai mengenai PRN Sabah menerusi sidang media semalam, Dr Hisham mengatakan keadaan di negeri itu masih lagi terkawal.
Keadaan adalah terkawal dan Kementerian Kesihatan optimis mampu mengekang penularan COVID-19 serta menangani keadaan secara keseluruhan.”
Tambahnya lagi, KKM turut bekerjasama dengan agensi lain bagi memastikan PRN ini berkalan lancar serta mengambil langkah mempertingkatkan pengesanan kes terutamanya di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
Bukan tu je, kebenaran untuk keluar mengundi juga tertakluk kepada jarak antara lokasi dan pusat mengundi dan tempat tinggal.
Manakala bagi pengundi positif Covid-19 pula, dorang tak dibenarkan untuk keluar mengundi.
Kalau kita nak laksana undian dalam hospital, hospital tu kena diwartakan tapi setakat ini, hospital tak diwartakan sebagai pusat mengundi.”