in

“Kalau rasa perlukan mama, baliklah” – Abby Abadi Hanya Mampu Doa Untuk Anak

Abby Abadi Pulanglah Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu mana yang tak sayangkan anak? Semua ibu pasti menyayangi anaknya walau dalam apa keadaan sekalipun.


Begitu juga apa yang dialami Abby Abadi, diuji dengan kontroversi yang tercetus ketika ini.

Belum reda dengan isu yang hangat sejak semalam, tular pula video klip Abby Abadi ditemu bual mengenai anak keduanya, Marissa Dania.

Artikel berkaitan: “Naikkan jenama sampai lukakan hati” – Kakak Tegur Peniaga Satukan Misya, Aslam & Marissa Dalam Job Sama

Artikel berkaitan: “Baca dekat mana?” – Abby Abadi Nafi Marissa Kena Buatan Orang

Kata Abby, dia ada berjumpa dengan Marissa di sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini. Ujarnya, Marissa memilih untuk ‘menghilangkan diri’ namun yakin anaknya selamat walaupun berjauhan dengannya.

https://www.tiktok.com/@yaya065757/video/7343554552609787157

“Sekali tu jela saya jumpa dia. Dia menghilangkan diri dan melarikan diri. Tapi saya tahu dia selamat duduk luar.

“Saya rasa dia dah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya memang serah pada Allah. Saya memang macam tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Abby berdoa dan mengharapkan segala yang terbaik buat anaknya dan sempat meninggalkan pesanan kepada anaknya itu.

“Cuma saya mengharapkan yang terbaik buat dia. Kalau rasa perlukan mama, baliklah,” luahnya.

Terdahulu, tular beberapa video memperlihatkan Marissa dan Aslam melakukan sesi fotografi bersama untuk sebuah butik pakaian tempatan.

Namun, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya mengecam tindakan pihak butik yang tidak sensitif dan mengambil kesempatan dengan isu yang melanda.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.