in

“Baca dekat mana?” – Abby Abadi Nafi Marissa Kena Buatan Orang

Untitled Design 52

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini gosip mengenai Marissa Dania Hakim semakin hangat diperkatakan, ianya berhubung status hubungannya dengan Aslam yang merupakan suami orang.


Terbaru, selepas menolak kemampuan Aslam untuk berpoligami, ibu kepada Marissa iaitu Abby Abadi menepis dakwaan perubahan yang dialami anak perempuannya itu adalah akibat buatan orang.

Artikel berkaitan: “Aslam tu bukan boleh berpoligami” – Abby Abadi Kesal Sikap Marissa Dania Sudah Berubah?

Artikel berkaitan: “Macam mana pun tetap anak” –  Berpeluk & Bersuap Makan, Netizen Terharu Lihat Marissa Berkumpul Dengan Keluarga

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menerusi laman Instagram miliknya berkata, dakwaan tersebut tidak benar dan dianggap sebagai satu fitnah daripada pihak tidak bertanggungjawab.

1 11

“Bila masa pula saya keluarkan kenyataan ini, baca di mana?

Banyak sangat ke pahala mereka asyik keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah kepada saya?” katanya.

Pelakon yang pernah popular menerusi drama Maria Mariana berkata demikian bagi menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan adakah perubahan Marissa itu disebabkan terkena buatan orang.

Sebagai info, sebelum ini nama Marissa yang juga merupakan seorang model dan pempengaruh kembali hangat diperkatakan selepas didakwa telah berkahwin secara senyap di Thailand dengan Aslam yang berstatus suami orang.

Cerita itu disahkan oleh kakak ipar kepada Aslam yang dikenali sebagai Nadiah di mana dia mengatakan Aslam sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.