in

“Tak perlu kaitkan arwah ayah saya”- Netizen Dakwa Lelaki Ini Kena Sumpahan Dalam Kandungan, Tapi Sebenarnya…

Cats 104

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mesti akan diuji dengan dugaan dalam hidup dia. Dengan dugaan itu lah yang dapat membentuk diri kita jadi manusia yang lebih kuat.


Baru-baru ini, viral mengenai seorang lelaki yang bernama Muhammad Hassan yang memiliki kulit bersisik pada anggota badannya termasuklah di kawasan muka dia.

Ffc

 

Mungkin terkena sumpahan?

Menerusi satu perkongsian video oleh lelaki ini di Tiktok yang mendapat hampir 400 ribu tontonan dengan hampir 20 ribu likes dan lebih 80 share, dia bercerita ada juga netizen dakwa kononnya kulit dia yang ‘bersisik’ itu adalah ‘tatu’ badan, siap ada yang komen suruh buang ‘tatu’ tersebut.

@mamat_vd

Reply to @afdal_h oo#fyp #sbar #video

♬ Kutimang Adikku Sayang – Ipank

Bukan itu sahaja, ada juga yang komen kulit bersisik itu adalah disebabkan terkena sumpahan ular kerana arwah ayahnya ada terpukul ular ketika dia berada dalam kandungan ibu. Pandai-pandai je tau netizen ni pun.

“Saya betul-betul kecil hati bila dengar orang kaitkan kulit saya dengan sumpahan yang disebabkan oleh arwah ayah saya ketika berada dalam kandungan ibu.”

 

Penyakit sejak lahir

Lelaki yang lebih mesra dipanggil Mamat ini meluahkan perasaan dia yang dia tidak minta untuk dilahirkan sedemikian rupa tapi netizen pun tak perlu kot beri komen-komen yang sensitif sampai perlu kaitkan dengan ibu dan arwah ayahnya.

Lelaki ini tidak terkena apa-apa sumpahan dan sebenarnya kalau korang nak tahu, lelaki ini menghidap satu penyakit kulit yang dipanggil Ichthyosis sejak lahir lagi.

Em

Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ini aktif buat video dekat Tiktok dan berkongsi kisah penyakit kulitnya dengan tujuan nak beri kesedaran dan perbetulkan persepsi masyarakat bahawa penyakit kulit yang dialaminya itu tidak berjangkit.

Dengan penjelasan dan juga kesedaran yang dia dah cuba berikan pada masyarakat, di aberharap agar netizen selepas ini sudah tidak membuat apa-apa tuduhan yang tidak berasa terhadap dirinya.

Ingat tau, sebelum nak komen tu fikir dulu. Jangan sampai buat orang lain terasa atau kecil hati. Menjawab kang kat akhirat nanti.

 

Sumber: mStar, mamat_vd

Baca: Sila Peka! 6 Tanda Ini Mungkin Menunjukkan Anda Penghidap Penyakit Jantung

Capture 72

Sumber: mStar
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.