in

Sila Peka! 6 Tanda Ini Mungkin Menunjukkan Anda Penghidap Penyakit Jantung

Listicle Head Finale

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di dalam situasi pandemik ni, kesihatan diri amat penting untuk kita jaga dan risaukan lagi-lagi dibahagian luaran seperti kulit atau tapak tangan. Tapi korang tahu tak, yang kondisi kulit boleh menunjukkan tahap kesihatan jantung korang?


Meh sini admin share dekat korang. Tapi before tu…

Apa Itu Penyakit Jantung?

Hiasan

Penyakit jantung boleh dianggap sebagai ‘silent killer’ kerana mampu menyerang tanpa mengira latar belakang kita dan waktu.

Jantung merupakan organ penting yang berfungsi mengepam darah beroksigen dan nutrien untuk disalur ke organ-organ dan anggota badan yang lain.

Penyakit jantung koronari berpunca daripada kerosakan saluran darah atau kolesterol yang terkumpul menyebabkan saluran darah jadi sempit atau tersumbat. Selain itu, pengambilan makanan, kurang bersenam dan tabiat merokok juga boleh jadi punca.

 

Berikut Tanda Pada Kulit Yang Boleh Dikaitkan Dengan Penyakit Jantung.

1- Perubahan warna pada kulit

Warna biru atau kelabu pada jari tangan dan kaki mungkin disebabkan oleh peredaran darah dengan masalah oksigen yang lemah. Selain itu, corak seakan renda, berbintik-bintik ungu muncul ketika potongan plak kolesterol terbentuk, kemudian tersekat di saluran darah yang kecil.

2- Bengkak kaki

Kaki Lebam

Bengkak di kaki adalah tanda amaran penyakit jantung yang paling biasa berlaku. Di samping itu, perkara ini sering terjadi bagi pesakit diabetes dalam masa yang sama menunjukkan fungsi jantung yang tidak betul.

3- Benjolan menyakitkan pada jari tangan, kaki, atau kedua-duanya

Benjolan yang menyakitkan pada jari kaki disebut nod Osler dan berpunca oleh bakteria. Ini menandakan korang mungkin mempunyai jangkitan pada jantung atau saluran darah dan benjolan ini boleh merebak ke jari tangan, kaki, atau kedua-duanya.

Selain itu, masalah ini mampu bertahan selama beberapa jam mahupun beberapa hari. Walaupun ia boleh hilang secara sendiri, pesakit masih memerlukan rawatan bagi jangkitan tersebut. Jika kes yang teruk, kemungkinan perlu untuk melakukan pembedahan bagi merawatnya.

4- Tompok gelap di bawah kuku

Korang mungkin tidak ada sebarang kecederaan pada kuku jari tangan mahupun kaki, tetapi terdapat tompokan kecil darah yang terperangkap di bawah kuku.

Penghidap penyakit diabetes juga boleh mendapat kesan tompokan seperti ini dan berisiko tinggi mengalami penyakit jantung dan strok.

5- Kuku melengkung ke bawah dan hujung jari membengkak

Finger Clubbing

Gejala ini juga dikenal sebagai “finger clubbing”. Jika ini terjadi, korang mungkin mengalami jangkitan jantung, penyakit jantung, atau masalah paru-paru. Korang amat dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan apabila anda mempunyai tanda seperti ini.

6- Ruam, merekah dan bibir bengkak yang sering berdarah

Jika anak korang mempunyai masalah ruam, demam, dan bibir yang sangat kering, mereka mungkin mempunyai penyakit Kawasaki. Penyakit ini menyerang saluran darah dan kebiasaanyya terjadi pada kanak-kanak berumur 6 bulan – 5 tahun.

Penyakit ini dapat hilang dengan sendirinya dalam masa 12 hari tanpa rawatan, namun ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti penyakit jantung jika masih tiada tindakan.

Semoga bermanfaat!

 

Baca : Bangga ke hilang 50kg in 3 month; Dietitian Jelaskan Bagaimana Kurus Cepat Boleh Rosakkan Jantung

Listicle Foot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.