in

“Tak penting berapa jumlah gaji” – Ramai Terpesona Dengar Jawapan Gadis Rusia Mahu Lelaki Bergaji RM2.3K

Gadis Rusia Minta Gaji Lelaki Rm2.3K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan semua wanita materalistik tetapi kebanyakannya pada zaman kini mahukan suami yang mempunyai pekerjaan yang stabil dan mampu menampung kehidupan mereka serta anak-anak pada masa depan.

Oleh itu, isu gaji kaum lelaki adalah isu yang agak sensitif kerana ada di kalangan wanita mendakwa mereka mahukan gaji bakal suami mereka mencecah hingga RM15,000 jika mahu berkahwin. Uish tinggi sangat tu.


Artikel berkaitan: Kakitangan Kerajaan Terkedu Bakal Mentua Naikkan Harga Hantaran Lepas PM Umum Kenaikan Gaji

Artikel berkaitan: Isu Wanita Pilih Lelaki Gaji RM9K, Individu Tegur Orang Ramai Tak Perlu ‘Triggered’ Sebab…

Tak penting berapa gaji sebulan – Gadis Rusia

Namun berbeza pula jawapan daripada gadis ini, bila ditanyakan mengenai berapa banyak gaji sebulan seorang lelaki perlu ada jika mahu berkahwin dengan gadis Rusia.

Menurutnya, tak penting berapa banyak gaji seorang lelaki itu perlu ada sebulan, namun yang paling penting dia mampu menampung perbelanjaan hidup keluarga.

Tak begitu penting berapa banyak gaji sebulan seorang lelaki perlu ada, tapi ia mesti cukup untuk menampung semua perbelanjaan harian. 

“Jadi lebih kurang dalam 500 dollar (RM2,347.07),” katanya.

@spstreetstory

How much money does a man need to marry a Russian woman?..

♬ original sound – SP STREET STORY – SP STREET STORY

Tambah gadis itu lagi, seorang lelaki yang ingin mengahwini gadis Rusia juga harus memberi sedikit wang kepada keluarga bakal isteri sebanyak 200 dollar (RM942.40) yang mana kebanyakan duit ini juga akan digunakan untuk majlis perkahwinan.

Selalu untuk majlis perkahwinan pihak lelaki yang akan membayarnya. Sebagai contoh, rakan saya akan berkahwin pada Ogos ini. Bakal suaminya akan bayar kos majlis perkahwinan. 

“Untuk majlis kecil yang melibatkan keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat, ia bernilai 700 dollar (RM3,298.40),” katanya.

Kata gadis ini lagi, kebanyakan pengantin menghabiskan wang bukan pada majlis perkahwinan tetapi lebih kepada honeymoon nanti.

“Patutlah aku tak kahwin-kahwin” 

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen terutama golongan lelaki yang bercadang untuk mencari jodoh di Rusia.

Kahwin Rusia

Apa-apapun bagi admin tak semua perempuan mencari lelaki yang bergaji tinggi, ada je yang nak biasa-biasa. Yang penting bahagia, kan? 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.