Sudah 2025 tapi masih ada yang menggunakan ‘title’ pempengaruh sebagai alasan untuk dapat makan percuma dan perkara itu dikatakan terjadi kepada sebuah kedai makan nasi kandar baru-baru ini.
Pihak restoran mengatakan, individu tersebut datang bersama ahli keluarganya dan mendakwa dirinya sebagai seorang influencer kepada pengusaha kedai makan tersebut sebelum menunjukkan jumlah pengikutnya yang dia ada.
Artikel berkaitan : “Dunia influencer bukan jalan pintas cari duit”- Che Nom Umum Berhenti Dari Dunia ‘Influencer Marketing’, Kongsi Nasihat Buat Anak Muda
Artikel berkaitan : Kongsi Kisah ‘Berjodoh’ Dengan Sepupu Sendiri, Perkongsian Influencer Terkenal Undang Pelbagai Reaksi
Tak lama selepas itu, individu tersebut kononnya menawarkan khidmat pembikinan video untuk kedai makan tersebut dengan harapan agar dia tidak perlu bayar makanannya.
“Ada seorang pelanggan ini datang bersama keluarga. Sebelum makan beliau datang kepada saya kata “saya influencer”. Saya pun kata ok.”
“Lalu beliau pun tunjuk tiktok account beliau di mana beliau mempunyai follower dalam 40,000. Lepas itu beliau kata tak perlu bayar kan.”
“Beliau kata akan ambil video NKS. Saya kata perlu bayar. Nak ambil video itu ikut suka beliau sahaja. Saya tidak menghalang. Tetapi perlu bayar. Sebab bukan saya jemput beliau.”
“Jadi influencer bukan bermaksud tak perlu bayar. Kalau 10 orang buat macam beliau habislah mamu akan bankrap terus hahahah. Sebab yang ini pun sudah RM53.”