in

“Tak pasal-pasal kena ramas” – Lelaki Dicabul Gara-gara Disangka Perempuan Berambut Panjang

Ft Raba Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disangkakan perempuan gara-gara memiliki rambut yang panjang, seorang pemuda ini menjadi mangsa cabul individu yang menunggang motosikal pada semalam, 13 Januari 2021.

Pemuda itu telah memuat naik sebuah posting menerusi akaun Twitternya untuk menceritakan sendiri pengalaman ‘ngeri’ yang dialaminya ketika sedang berjalan di tempat awam dimana ‘payudaranya’ secara tiba-tiba diramas oleh lelaki yang tidak dikenali. 


Insiden mencabul yang dilaporkan berlaku di Yogyakarta itu, suspek telah melakukan ‘kesilapan’ tersebut kerana menyangkakan pemuda berambut panjang itu adalah seorang perempuan. 

Baru je jadi mangsa ramas payudara di Jakal, Sleman, Yogyakarta, masuk jalan ke arah perumahan banteng. 

Si goblok (bodoh). Aku kan lelaki rambut panjang, juga diramas. 

Hati-hati ye gadis-gadis kalau balik malam. Banyak orang bego.

Menurut pemuda itu lagi, suspek yang menunggang motosikal itu datang dari arah belakang dan terus meramas dada kanannya. Kejadian itu membuatkannya terkejut dan terkedu.

Si goblok tu, dia kejar dari belakang dan terus meramas dada kanan. Aku kejar, dia terus lari. Aku terkejut dan terus terkedu. Shock.

Twit 1

Apa yang lebih mengejutkan, dia juga turut mendedahkan bahawa dia pada ketika itu berpakaian ‘sopan’ dan ‘menutup aurat’ dengan mengenakan baju hujan, seluar panjang lengkap berhelmet. Hanya rambut panjangnya sahaja yang kelihatan sedikit di celah helmet.

Yang selalu cakap, “makanya aurat, penampilan tu dijaga, biar tak mengundang nafsu”. Bukan begitu gais

Sebab gerimis, aku pakai baju hujan + seluar panjang, tebal, pakai helmet.

Cuma kelihatan rambut panjang aku, sikit je di celah helmet. 

Eh diramas payudara. Aku lelaki. 

Ujarnya lagi, terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dikawasan kejadian setelah diberitahu oleh penduduk di sana. Dia akan bertindak untuk mengambil rakaman tersebut dalam usaha untuk menjejaki ‘si tukang raba’ berkenaan agar kejadian sama tidak berlaku.

Twit 2

Perkongsian yang dimuat naik oleh pemuda itu berjaya meraih perhatian di media sosial sehingga mendapat lebih daripada 20,000 retweets dan 50,000 likes.

Aduhai, lelaki pun dah tak selamat sekarang ni gais. Take care wahai kaum lelaki dan wanita kalau berjalan seorang diri tu.

Baca: ‘Ingatkan Wanita, Rupa-rupanya…’ – Polis Tahan Lelaki Berjubah Wanita, Kantoi Curi Duit Tabung Surau

Baca Raba

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.