in

Tak Pakai Mask & Tak Scan MySejahtera Akan Didenda RM1,500, Kalau Bayar Awal Dapat Diskaun 50%

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kompaun untuk individu yang melanggar SOP sepanjang PKP dinaikkan dari RM1,000 ke RM10,000, orang ramai telah meluahkan rasa kecewa mereka dengan jumlah yang diberikan ini lebih-lebih lagi bila pelajar dan orang-orang yang tak berkemampuan dikenakan kompaun yang mustahil untuk dibayar.

Ekoran ini, Menteri Parlimen dan Undang-undang telah memperincikan jumlah kompaun untuk kesalahan-kesalahan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu:


  • Kesalahan gagal pakai pelitup muka bagi individu dan kesalahan pertama – RM1,500
  • Kesalahan tidak daftar diri atau guna aplikasi MySejahtera – RM1,500
  • Tidak mematuhi penjarakan fizikal – RM1,500

Kompaun Kedai Makan Bernama 281120 672X420 1

Bayar awal diskaun 50%

Tak cukup dengan itu, Takiyuddin Hassan juga mengumumkan, kompaun yang dibayar dalam tempoh seminggu boleh mendapat potongan diskaun sebanyak 50% manakala yang membayar sebelum 14 hari pula akan menerima potongan sebanyak 25%.

Manakala untuk kompaun yang dah dikeluarkan sejak 11 Mac lalu, jumlah kompaun ini akan ditetapkan mengikut nilai RM1,500 yang ditetapkan hari ini.

Untuk pengetahuan korang, jumlah kompaun RM1,500 tersebut merupakan dari jumlah maksimum RM10,000 yang diluluskan di bawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021.

So korang rasa macam mana? Ok tak?

 

Baca: [TERKINI] Individu Mengunjungi Kelab Malam/ Pub Akan Dikompaun Maksimum RM 10K

Fi Statement

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.