in

“Tak nampak garang” – Ramai Puji Mas Idayu Bertudung Sejak September, Minta Peminat Doakan Yang Baik-baik

Ft Mas Idayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan penyanyi lagu Cintaku 100% iaitu Mas Idayu. Baru-baru ini, dia telah mengejutkan industri hiburan kerana sering memaparkan foto-foto dia berhijab di akaun Instagram miliknya.


Dalam perkongsian @masidayu1001, dia telah memuat naik foto dirinya sedang dine-in di sebuah restoran yang dirahsiakan. Dia kelihatan ayu dan manis dengan tudung yang dipakainya.

Penampilan baharu Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy itu juga telah mencuri tumpuan para peminat dan netizen di media sosial. Walaupun tidak memberikan sebarang penjelasan tentang penampilannya itu, rata-rata peminat teruja dan memujinya.

Ketika dihubungi petang semalam, katanya, meskipun dia sudah berhijab, dia masih individu yang sama. Lapor Mstar.

Buat masa ini tak ada apa yang mahu saya kongsikan mengenai penampilan ini.”

Cuma apa yang boleh saya kata, Mummy masih orang yang sama… masih lagi Mas Idayu yang orang kenal sejak dulu.”

 

Menjengah di ruangan komen, bukan sahaja peminat dan netizen memuji penampilannya malah rakan-rakan artisnya yang lain juga terpukau dengan kecantikan artis itu bila bertudung.

Komen Mas

Pemilik nama Masidayu Mesnun,49 meminta orang ramai dan para peminat mendoakan yang terbaik buatnya. Dia juga berterima kasih kepada peminat yang memuji penampilannya yang kelihatan semakin cantik dan awet muda.

Semoga Mummy terus istiqamah dalam mengejar cinta Allah, aamiin.

Baca: “Dah tak reti pakai mask leklok ke” – Seronok Dapat Cuti Di Langkawi Tapi Netizen Geram Aliff Syukri Pakai Mask Bawah Dagu

Netizen Geram Aliff Syukri Pergi Langkawi Tak Pakai Mask Properly E1631859273594

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.