Kerja sebagai peniaga bukanlah satu perkara yang mudah kerana banyak turun naiknya. Malah, bukan semua senang dengan perniagaan kita, kadangkala ada yang merasa dengki dan bermacam perkara dilakukan.
Seorang pengguna TikTok telah menegur seorang individu yang meninggalkan komen tidak elok kepada seorang peniaga sambal daging ketika bersiaran langsung di aplikasi itu.
Menerusi video @zaidiroslii, dia menceritakan ketika itu peniaga yang dikenali sebagai Kak Nora sedang membungkus sambal daging dendeng yang hendak dijualnya.
Artikel berkaitan: “Harap lepas tengok video ni tak rasa mahal” – Peniaga Respon Sindiran Netizen Kata Popia Sira 80 Sen Mahal
Artikel berkaitan: “2 kali rebus tetap sama” – TikToker Terkejut Muncul Segumpal Rambut Dalam Laksa, Syak Terkena Sihir
@mzbrll Sambal daging hang cakap taik? #matlembut
Tiba-tiba datang seorang individu yang masuk dalam live itu meninggalkan komen dengan berkata, “tahi ke tu?”.
Baginya, individu itu amat biadab kerana berkata begitu terhadap seorang peniaga yang sedang gigih mencari rezeki.
“Walaupun kakak tu banyak kali cakap dia tak koyak, tapi aku tahu dalam hati dia pasti akan terasa.
“Dalam TikTok ni makcik-makcik cari rezeki. Mereka bukan boleh tahan dengan (mulut) orang TikTok.
“Kita tak nak support orang tak apa, tapi jangan komen bukan-bukan dekat siapa-siapa pun,” tegurnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan Zaidi kerana peniaga terbabit sememangnya terkenal dengan sikap periangnya.
Pada masa yang sama, netizen turut mendoakan peniaga tersebut dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dalam berniaga.
Tergamaknya berkata begitu 🙁
Sumber: TikTok