Penularan pandemik COVID-19 telah memaksa ramai pekerja-pekerja di seluruh dunia untuk bekerja dari rumah. Aplikasi seperti Goggle Meet dan Zoom menjadi antara aplikasi yang sering digunakan semasa bekerja dari rumah.
Kadangkala, semasa kita sedang menghadiri meeting atas talian di rumah ni, ada beberapa perkara tak dapat dielakkan berlaku seperti gangguan bunyi kenderaan yang lalu-lalang dan isi rumah yang lalu di belakang semasa video call sedang berlangsung.
Situasi sama juga dialami oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan username @tailoredbits.
Dalam satu video yang dimuat naik ke laman sosial TikTok miliknya, lelaki ini mendedahkan dia telah membeli satu morph suit berwarna hijau untuk dipakai ketika lalu di belakang tunangnya yang sedang bekerja dari rumah. Tujuan asal lelaki ini adalah untuk membuatkan dirinya menjadi halimunan supaya dirinya tak kelihatan semasa sesi video call tunangnya.
Pun begitu, lain pula yang terjadi. Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:
@tailoredbits Flawless execution. #fyp #foryou #wfh #zoom #workfromhome
Jika dilihat melalui video pendek tersebut, lelaki tu memang dah pakai morph suit tapi pakaian itu tidak menjadikan dirinya halimunan seperti yang diharapkan.
Jadinya, tunang lelaki ni nampak je pasangan dia melalui skrin komputer tengah berjalan sambil pakai baju pelik kat belakang dia. Ada la sikit badan dia macam halimunan tapi stil boleh nampak lelaki tu.
Walaupun aksi itu dianggap pecah perut oleh kebanyakan netizen yang menonton, ramai juga yang memberi pujian kepada tunang lelaki itu yang dilihat masih kekal profesional.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat 6.7 juta tanda suka.
Sumber: Mirror