Memilih nama anak dengan nama yang baik-baik adalah sangat digalakkan bukan sahaja dari sudut agama, malahan dari sudut pemerhatian masyarakat. Nama yang baik adalah satu doa apabila orang lain menyebutnya.
Ada satu pasangan di Indonesia yang terpaksa meminta bantuan daripada Presiden Jokowi untuk mendaftar nama anak mereka kerana nama yang diberi tersangat panjang. Cadangan nama yang ingin diberikan adalah sepanjang 19 perkataan.
Akibat nama yang terlalu panjang itu, bapa kepada anak yang memiliki nama terpanjang itu telah menghantar surat kepada Presiden Joko Widodo kerana susah mendaftar dan mendapatkan sijil kelahiran anaknya itu.
Menurut laporan CNN Indonesia, Arif Akbar, bapa anak itu mengakui dia telah meminta bantuan Presiden bagi membolehkan nama anaknya itu dapat dimasukkan ke dalam sistem pangkalan data kependudukan Indonesia.
Sehingga kini, anaknya yang berusia 2 tahun itu masih belum didaftarkan secara rasmi ke dalam data di negara tersebut. Nama anaknya itu adalah, Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi- Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta.
Baca: [VIDEO] “Mesti nama nanti TARmizi” – Suami Pening Isteri Mengidam Bau Tar, Terpaksa Pergi Merata