in

“Tak mimpi dapat begini” – Penjual Kuih OKU Menangis Kuat Saat Ustaz Ebit Liew Sumbang Gerai Bergerak

Ustaz Ebit Liew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa saja yang tidak mengenali nama Ustaz Ebit Liew di Malaysia ni?


Disenangi ramai kerana sikap pemurahnya yang tidak lokek dalam membantu, pendakwah terkenal ini sekali lagi tampil memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Ustaz Ebit Liew telah menghulurkan bantuan kepada seorang peniaga kuih Orang Kelainan Upaya (OKU).

Sedih sayu betul hati bila jumpa ibu tunggal oku tiada 2 tangan dan tiada 2 kaki di Sri Rampai Setapak. Kakak ini…

Posted by Ebit Lew on Friday, December 18, 2020

Menurut Ustaz Ebit Liew pertemuannya dengan ibu tunggal OKU berkenaan di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur mendatangkan rasa hiba dan sayu dalam hatinya.

Uel 5 E1608368094479

Difahamkan, wanita berkenaan tidak mempunyai kedua belah tangan dan kakinya namun, ia tidak menghalang ibu itu untuk membesarkan dua orang anaknya sambil berniaga kuih tepung pelita.

“Hantar ke sana sini. Tiada kedai. Sedap kuih pelita kakak ni buat. Kakak ni rajin sangat. Masa saya sampai kakak ni siapkan makanan nasi penyet ikan keli. Sebak pula bila dilayan begitu. Laju kakak ni ke sana sini,” kata Ustaz Ebit Liew di Facebook.

Menerusi posting sama, Ustaz Ebit Liew mendedahkan yang wanita berkenaan merupakan penerima bantuan duit bulanan zakat dan turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Uel 4 E1608368246676

Walaupun begitu, Ustaz Ebit Liew tetap mahu membantu wanita berkenaan dengan menghadiahkan gerai mudah alih buatnya.

Dedah Ustaz Ebit Liew, ibu berkenaan menangis kuat saat beliau menyampaikan gerai itu.

“Kakak menangis kuat bila saya bawa gerai padanya. Dia kata, ‘Ya Allah, ustaz, mahal, cantik sangat. Tak mimpi dapat begini’,” imbas Ustaz Ebit Liew dalam posting sama.

Tambah pendakwah itu lagi, wanita berkenaan akan mula berniaga di hadapan Tasik Sri Rampai.

Uel 2 E1608368300527

Selain menjadikan kuih tepung pelita sebagai menu utama, wanita itu juga akan menawarkan juadah seperti ayam penyet.

“Doakan buat akak ni ye. Jika siapa berdekatan boleh ler membeli dengan kakak ni,” tambah Ustaz Ebit Liew lagi.

Posting terbabit kini meraih 217,000 tanda suka dan dibajiri 6,800 komen oleh warganet.

Semoga Ustaz Ebit Liew diberikan rezeki yang melimpah ruah dan diberkati selalu

Sumber: Facebook

Baca: Netizen Kagum Tegok Ustaz Ebit Lew ‘Saja-saja’ Beli Basikal Lipat Hadiahkan Penghantar FoodPanda Yang Tiada Kenderaan

Uel4 E1608367725458

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.